indahnya alam

sejarah lalu

Kita tidak mungkin dapat mengubah sejarah tapi kita mampu mencipta sejarah.Usah di kenang kepada kegagalan lalu kerana ianya tidak memberi apa-apa makna kepada kehidupan seterusnya.Bergeraklah kehadapan dgn penuh keyakinan,ambillah kegagalan lalu hanya sebagai panduan,jangan sekali kali mengulangkan kesilapan yg sama.Ingatlah kunci kepada kejayaan yg gemilang adalah perancangan yg teliti,penuh keadilan,ketetapan masa dan keiklasan tujuan. Kejayaan yg dicipta semula atas kegagalan dan kekesalan lalu sesungguhnya amat bermakna untuk sebuah kehidupan yg abadi.Pastinya ia adalah satu sejarah yg tertulis diatas tinta emas.

your choice

1-happiness is something we choose in advance
2-old age is like bank account,you withdraw in later life what you have deposited along the way
3-guidlines for happiness:free your heart from hate,free your mind from worry,live simple,give more and expect less

Panduan Perbelanjaan Berhemat

Perbelanjaan berhemat adalah amat diperlukan demi membentuk suatu kehidupan yg sejahtera.
Sila ambil perhatian,kehendak manusia biasanya tidak terbatas manakala sumber2 untuk membiayai kehendak adalah amat terhad.Olih itu kepuasan yg maksima adalah keupayaan sesaorang itu mengimbangkan antara kehendak dan sumber2 yg dimilikinya.
Disini diberikan beberapa tip sebagai panduan dalam kehidupan kita:
1-Rancangkan perbelanjaan bulanan dgn memberi keutamaan kpd barang2 keperluan asasi.
2-Apabila pergi membeli belah bawalah wang yg sekadar mencukupi untuk membeli barang2 yg telah di rancang tadi.
3-Jangan sekali2 membeli barang2 keperluan secara hutang lebih2 lagi yg melibatkan riba.
4-Kuatkan keupayaan untuk simpanan sekurang2nya satu perlapan dari jumlah pendapatan bulanan.
5-Azamkan untuk sedekah atau derma sekurang2nya satu minggu sama dgn satu hari perbelanjaan membeli makanan kita.Kalau bolih latihkan derma ini pada setiap hari jumaat.Derma atau sedekah ini akan menambahkan keberkatan pada pendapatan kita.
6-Kurangkan keinginan kekerapan menukar perabut rumah,kereta dan barang2 kemas.

Secara umumnya ramai yg merasakan pendapatannya tidak mencukupi.Berlakunya ini adalah disebabkan perbelanjaannya telah melebihi dari pendapatannya,akan tetapi sesaorang itu tidak merasainya lantaran ianya di imbangi dgn hutang2 samaada hutang peribadi,hutang kredit kad,
hutang kpd kawan atau keluarga ataupun menggunakan wang dari simpanannya.
Olih yg demikian itu cubalah luangkan masa menyemak semula perbelanjaan masing2 adakah ianya sentiasa melebihi pendapatannya.Jika terjadi cubalah kaji semula perbelanjaan tersebut,jika kurang perlukan perlahan2 kurangkan.

Mutiara Utara

1-Orang yg berjaya selalu melakukan apa yang orang gagal takut melakukannya.
2-Orang yg selalu menafikan apa yg ia lakukan selalunya amat gemar mengulanginya semula.
3-Hati yg bersih selalu menafikan kebaikan yg dilakukannya,manakala hati yg kotor pula selalu menafikankan keburukan yg dilakukannya.
4-Bila anda berfikir untuk berputusasa itulah permulaan kepada sebuah kegagalan.
5-Kegagalan yg sebenarnya adalah anda tidak memulakan apa2 kerana takut kpd kegagalan.
6-Kejayaan yg gemilang adalah kejayaan yg anda cipta sungguhpun ianya kali pertama dilakukan.
7-Rasuah umpama ketagihan dadah,sekali anda melakukan sukar untuk anda menghentikannya
8-Kezaliman umpama barah yg akan memakan sedikit demi sedikit ketenangan hidup anda.
9-Kejujuran umpama mutiara yg pasti bersinar sekalipun di lumpur yg gelap.
10-Umpama menebang balak dgn pisau,itulah perbandingan untuk mengembalikan sebuah kepercayaan yg hilang.

Tiada alasan untuk menjauhi riba

1-Gaji samaada sektor krjn atau swasta bolih dikreditkan ke akuan semasa atau simpanan wadiah
2-Kredit kad bolih menggunakan keluaran Bank Islam atau Arab Malaysian Bank
3-Pembiayaan kereta bolih menggunakan sistem Al Ijarah
4-Pembiayaan rumah atau harta tetap bolih menggunakan sistem Al Bai Bitamin Ajil
5-Pembiayaan perniagaan bolih menggunakan kemudahan Al Istisna',Islamic BA,Ijarah dan banyak lagi
6-Simpanan tetap bolih diganti dgn Pelaburan Am
7-Pembelian saham amanah bolih dipilih tawaran pembelian dimana syarikat mempunyai penasihat syariah.
8-Insuran bolih diganti dgn takaful spt takaful hayat,perubatan ,rumah ,kereta dll

Kita sudah tidak punya alasan lagi untuk terlibat dgn riba.Jauhi riba kerana ianya adalah salah satu dosa besar yg mengakibatkan kehidupan kita bercelaru dan rezeki yg hilang keberkatannya.Wallahualam.

Takwa

Makna ketakwaan adalah
1-Takut kpd Allah
2-Ikhlas dalam semua urusan
3-Benci kpd semua kemaksiatan
4-Cinta kpd keibadatan
5-Amat suka kpd ayat2 suci Al Quran