indahnya alam

Merebut faedah dari krisis kegawatan ekonomi

Kegawatan ekonomi yg melanda dunia umumnya dan Malaysia khasnya pastilah membawa bersamanya seribu kepahitan dan penderitaan kepada sebahagian dari penduduk di dunia ini. Pada mereka yg pertama kali terjebak ke dalam krisis ini tentulah sukar mencari jalan keluar.
Namun disebalik kepahitan ini,terdapat faedah2 yg tersembunyi, yang jika di mengfaatkan akan memberi beberapa kebaikan di masa2 akan datang. Antaranya:
1-Betapa pentingnya mempunyai tabungan pendapatan untuk kegunaan di kala kecemasan kehilangan punca pendapatan.Tabungan ini mesti lah dalam bentuk tunai atau harta mudah cair spt emas.Pakar ekonomi dan pakar saikologi bersetuju minimum untuk seorang pekerja menyimpan untuk menghadapi kemungkinan kehilangan pekerjaan adalah 6 bulan gaji kasar. Contohnya jika seorang memperolehi gaji kasar bulanan RM 2000.00,beliau harus menyimpan sebanyak RM 12,000.00 manakala jika isterinya bergaji sebanyak RM 1,000.00 maka simpanannya sebanyak RM 6000.00.Ini kerana kesan saikologi yg hebat akan dihadapi olih pekerja yg hilang perkerjaan adalah untuk 6 bulan pertama.Dalam tempoh masa ini beliau tidak dapat berfikir bagaimana untuk memulakan penghidupan baru.Selepas 6 bulan bagi manusia yg normal beliau pasti akan menerima kenyataan dan dapat berusha untuk meneruskan kehidupan.
2-Bagi mereka yg mempunyai kelebihan pendapatan,inilah masa untuk memaksimakan keuntungan wang simpanan.Bank Negara telah memotong kadar pinjaman bank ketahap yg paling minima sekarang ini.Kesan langsungnya faedah simpanan dimasa akan datang akan turut jatuh.Tujuan Bank Negara adalah untuk menggalak rakyat melabur daripada terus menyimpan dalam akaun simpanan bank.Antara pelaburan yg di cadangkan adalah membeli saham2 dipasaran bursa malaysia.Saham mewah spt TNB,TELECOM,TABUNG HAJI PLANTATION,SIME DARBY dan lain sektor yg teguh telah mengalami kejatuhan antara 30 - 60%.Inilah masa untuk membeli dan menyimpan nya.Saham2 mewah ini bukan saja menjanjikan kenaikan harga yg stabil bila kegawatan ekonomi ini berakhir tapi juga merupakan antara sektor2 perniagaan yg tidak pernah gagal membayar diveden kepada pemegang sahamnya.Di samping itu saham2 amanah juga telah mengalami kejatuhan yg hampir maksimum.Keadaan pasaran saham dan keadaan ekonomi negara adalah saling berkaitan rapat.Bila ekonomi pulih pasaran sahamlah antara sektor yg paling cepat berkembang bagitulah sebaliknya.Bagaimanapun bagi mereka yg berkemampuan ini adalah digalakkan mendapat nasihat dari pakar untuk memulakannya.
2-Bagi mereka yg bercita2 untuk menceburi bidang perniagaan, inilah masanya untuk memulakan perniagaan secara kecil2an.Tujuannya bukanlah untuk pendapatan sampingan semata2 tapi adalah langkah permulaan untuk perniagaan.Ramai yg ingin menceburi bidang ini tapi malu untuk memulakannya.Atas alasan kegawatan ekonomi perasaan malu tentu dapat di buang lagi pula masyarakat akan lebih sedia menerima lantaran kesan kegawatan ini.Punca utama ramai orang tidak memulakan perniagaan adalah malu.Hindarkan malu mulakannya,insyaalah bila kegawatan berakhir kita telah memperolehi suatu yg paling istemewa dalam perniagaan iaitu pengalaman dan pelanggan tetap.
3-Kegawatan ekonomi juga adalah alasan terbaik bagi mereka untuk memulakan suatu yg baru dalam kehidupan.Berubah kepada sesuatu yg positif dalam kehidupan.Dari menghabiskan masa berbual kosong di kedai kopi kemajlis 2 ilmu di masjid dan surau.Dari mengunjungi tempat perlancongan mewah kepada mengunjungi ibubapa,saudara dan keluarga2 terdekat.Merapatkan silatulrahim.Masa untuk menginsaf diri dgn mengambil iktibar dari rakan2 karib dan saudara2 terdekat yg telah hilang pekerjaan.Mungkin suatu hari kita juga tidak terkecuali.
4-Bagi mereka yg membeli harta spt rumah dan kereta secara riba, inilah masanya untuk membiayainya semula secara islam.Dgn kadar keuntungan yg paling rendah inilah masanya untuk mengunci(lock) untuk jangka masa panjang.Halal dan menguntungkan.Bagi yg sudah mempunyai pembiayaan islamic bolihlah menyemak semula mungkin dahulunya kita 'lock' kadar keuntungan yg agak tinggi,inilah masanya untuk membiayai semula.Dlm kontek ini rasanya pembiayaan islamic antara 8 tahun keatas(sejak 1996 dan kebawah) adalah dicadangkan disemak semula.
5-Antara pengajaran yg dapat diambil dari kegawatan ekonomi ini adalah dgn memerhatikan sektor yg kebal dari kegawatan spt sektor kerajaan,industri makanan utama,barang2 keperluan pengguna,emas, pakaian2 biasa dll.Jadi jika untuk memulakan perniagaan atau menasihati keluarga untuk mendapatkan pekerjaan utamakan sektor2 ini.Jika bolih elakkan sektor yg berisiko tinggi spt barang2 mewah dll.

Muga2 dgn sedikit info ini dapat membantu masyarakat lebih memahami erti kegawatan ekonomi ini.Apapun ini adalah ujian dari Allah.Pada yg selamat banyakkan kesyukuran dan pada saudara2 kita yg telah hilang pendapatan banyakkan kesabaran.

Krisis Keewangan Global;Apa yang rakyat perlu tahu

Ramai pakar ekonomi bersetuju bahawa putaran kegawatan ekonomi akan melanda dunia pada setiap 10 tahun.Sehingga kini belum ada kajian yg bersungguh2 mengapa ianya menyerang dunia pada setiap 10 tahun.Bagaimanapun sebagai rakyat kita harus mengambil ikhtibar dan bersedia untuk menghadapinya.Kegawatan ekonomi umpama putaran kehidupan manusia, kerana selepas sahaja kegawatan kita akan melihat bagaimana empayar perniagaan yg besar telah runtuh dan timbul pula empayar2 baru.
Pada krisis ekonomi 1997 kita melihat perbalahan antara Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim, jatuhnya Tan Sri Tajudin Ramli dgn Syarikat MAS, Tan Sri Halim Saad dgn Syarikat Renung, Datuk Teng Pek Kim dgn projek Bakun,Mirzan Mahathir dgn Syarikat perkapalan MISC dll. Kemudian timbul pula selepas itu Tony Fernadez dgn Air Asia,Nazir Tun Razak dgn CIMB, Syed Mokthar dgn berbagai rangkaian perniagaan dll.

Untuk rekod krisis ekonomi pada tahun 1987 dikaitkan dgn kemerosotan nilai hartanah, krisis ekonomi 1997 disebabkan spekulasi yg berlebihan dalam perdagangan nilai matawang dan krisis ekonomi 2008 dikaitkan dgn krisis keewangan global.
Apakah yg dimaksudkan dgn krisis keewangan global?
--------------------------------------------------------
Ianya dikaitkan dgn keruntuhan bank2 dan syarikat pelaburan yg terkemuka dunia terutama yg telah hampir 100 tahun bertapak kukuh di Eropah dan USA.Mulanya kaitkan dgn sub-prime.
Secara mudah sub prime dapat diterangkan spt berikut:
Sebuah bank memberi pinjaman perumahan kepada pelanggan.Kadar riba adalah 12%(contoh),
Kemudian bank tersebut akan mencagar pula rumah tersebut kpd syarikat pelaburan A dgn kadar riba 10%.Syarikat pelaburan A akan mencagar pula rumah tersebut kepada syarikat pelaburan B dgn kadar 12% bagitulah seterusnya.
Dalam contoh ini sebuah rumah yg nilainya hanya RM 500,000 mungkin telah meningkat kepada RM 1,500,000 dan ianya akan terus meningkat jika banyak syarikat pelaburan meningkat.Olih kerana USA merupakan pusat keewangan antarabangsa maka ramai syarikat pelaburan dari seluruh dunia datang melabur.Krisis bermula bila nilai harta perumahan jatuh menjunam.Ramai peminjam gagal membayar hutang.Bank menghadapi masaalah kutipan hutang,maka ianya mula mengjangkiti sektor2 keewangan lain spt syarikat kereta dan syarikat eksport import,bila ini berlaku ramai hilang pekerjaan,perbelanjaan harian merosot,kedai2 tidak dapat menjual barang2,industri kecil2an akan mula terasa kesanya.Yg masih ada pekerjaan akan mula mengurangkan berbelanjaan,ekonomi negara akan mula mengujup,akhirnya semua rakyat akan merasa kesannya.
Sebagai Rakyat Apa yg perlu kita tahu sekarang ini
------------------------------------------------------
1-Banyak eksport barang2 keluaran kita adalah kepasaran USA.Krisis yg melanda USA sekarang ini menyebabkan banyak barang2 kilang kita tidak ada pembeli.Kilang terpaksa ditutup.Hampir 200,000 pekerja akan hilang pekerjaan.Kesannya kuasa beli pasaran akan jatuh,banyak rumah dankereta akan dilelong,bank akan mengetatkan syarat pinjaman, atas desakan akan banyak jenayah rompakan ,kecurian dan penipuan.
2-Bila banyak perushaan kilang dan industri ditutup didunia ini permintaan terhadap minyak akan jatuh.Secara automatik pendapatan negara akan merosot.Bila ini berlaku kerajaan akan kekurangan wang untuk berbelanja kemudahan awam.Jalan2 akan lambat diperbaiki dan industri kontraktor akan terjejas.Maka banyak perniagaan yg berkaitan dgn nya akan runtuh.
3-Bila ramai kehilangan perkerjaan dan kilang2 terpaksa ditutup ,kutipan cukai dan zakat akan merosot.Bantuan kepada yg susah terpaksa dikurangkan manakala golongan yg susah akan bertambah.
4-Rakyat yg mempunyai wang lebih suka menyimpan.Akibatnya tidak ada aktiviti2 ekonomi baru untuk membolihkan orang ramai mendapat pekerjaan.Contohnnya jika A ada RM 20000.00 beliau membuka restoran mungkin 4 orang pekerja telah ada pendapatan.Tapi A memilih untuk menyimpan wangnya maka aktiviti ekonomi akan jadi kosong.
Apa perlu kita lakukan untuk diri sendiri
-------------------------------------------
1-Jika kita pekerja kilang,sektor pembinaan atau berkaitan dgnnya, buat persiapan mental dan fizikal untuk menghadapinya.Jaga simpanan wang dan jangan membuat apa2 pembelian selain dari keperluan hidup.
2-Kepada penghuni2 taman perumahan mula mengukuhkan ciri2 keselamatan rumah dan lebih berhati2 tentang rompakan dan kecurian.
3-Kepada pekerja sektor keewangan atau GLc mula membuat persiapan tentang kemungkinan
sekim perbehentiaan/persaraan awal
4-Kepada yg masih mempunyai pekerjaan,kerjalah dgn ikhlas dan jujur.Majikan akan lebih mudah membuang pekerja pada masa kini

Wallahualam

Negara impianku

Seluruh rakyat malaysia impikan sebuah negara yg dapat memenuhi ciri2 berikut:
1-Sistem pendidikan
Satu sistem pendidikan yg dapat melatih kefahaman agama,akhlak dan ilmu pengetahuan yg seimbang.Jika ia islam,pelajar tersebut mampu menjadi profesional di samping tinggi akhlaknya dan mampu membaca khutbah di mimbar jumaat.Jika ia budha ia mampu menjadi sami dan mampu menjadi profesional.Sistem pendidikan yg menumpu kpd hanya banyak score A harus dihapuskan.Ukuran kejayaan pelajar nanti adalah juga A kpd bacaan quran,sembahyang,menutup aurat dan akhlak seharian.
2-Sistem pemerintahan yg adil.
Malaysia mempunyai pemimpin yg mempunyai akhlak yg mulia,tidak dilihat mengumpulkan kekayaan peribadi.Sistem pemerintahan yg memastikan agihan kekayaan negara yg adil.Yang miskin dibantu untuk keluar dari kemiskinan,yang kaya membayar cukai atau zakat dgn ikhlas. Kemudahan awam spt letrik,api,gas,jalan raya ,university dll tidak di swastakan.Kerajaan wajib mengambil tanggungjawap ini demi memastikan ianya tidak menjadi industri yg mementingkan keuntungan.Kerajaan wajib mengambil tanggungjawap membantu rakyat kerana pemimpin yg dilantik hanya pemegang amanah bagi mentadbir kekayaan negara.
3-Pembangunan yg seimbang
Kerajaan wajib melaksanakan pembangunan yg seimbang.Bagi pembangunan fizikal spt jalan raya dan lain2 kemudahan awam ianya haruslah seimbang antara negeri,antara wilayah,antara bandar dan antara desa.Jika jalan2 di selangor bagitu lebar maka jalan2 dinegeri2 lain pun seharusnya demekian.Jika pembangunan di putrajaya berbillion ringgit seharusnya bandar2 kecil diseluruh negara dinaikkan taraf.Setelah 50 tahun merdeka seharusnya jalan utama dikampung2 telah lama di tar,penggunaan perahu untuk menyeberang sungai diganti dgn jambatan,penutupan jalanraya untuk laluan keretapi telah lama diganti dgn jejantas.Jalan raya harus dilebarkan untuk mengelak kemalangan maut.Pembangunan fizikal juga harus seimbang dgn pembangunan insaniah.peruntukan yg seimbang untuk melatih rakyat menjadi insan yg mulia.TV dan Radio harus program yg mendidik dan bermaklumat.minimakan siaran2 hiburan yg melalaikan.TV dan Radio tidak wajar digunakan untuk melaris product2 yg belum tentu halal haramnya.Minimakan pendapatan dari iklan kerana akhirnya TV dan radio seolah2 dimiliki olih pengiklan.
3-Sistem perundangan yg adil
Umat islam wajib di biarkan mengamalkan perundangan dari Al Quran. Allah telah memberitahu manusia hanya bolih menghukum tapi tidak mampu mencegahnya.Jika dilaksanakan undang2 Allah sudah pasti Allah lah yg akan mencegahnya,amat mudah bagi Allah hanya dgn mencampakkan ketakutan dihati penjenayah untuk melakukan.Contoh hukum potong tanya bagi perompak dan penyamun;walaupun belum dilaksanakan masyarakat sentiasa membincangnya hinggakan yg kurang ilmu menganggapnya zalim;bagitulah takutnya manusia kpd hukum tersebut walaupun ia bukannya perompak tak perlu dibimbangi.
manakala undang2 ciptaan manusia pula tidak akan sekali2 adil kepada semua manusia.Ada yg adil kpd satu golongan tapi zalim kpd golongan lain.contoh ISA kerajaan kata adil untuk mencegah kpd keganasan,pembangkang kata zalim kerana mereka yg ditahan tidak dapat pembelaan yg adil kebanyakan tuduhan2 palsu.

Inilah sebahagian dari impian rakyat malaysia hari ini.Marilah kita berdoa dan berharap muga2 impian ini berjaya kita capai.Ambillah peranan masing2 dan berusaha kearahnya.
Amiiin.

Sekim Cepat Kaya(sck);Mengapa Melayu ramai terlibat

Sck adalah satu pelaburan yg menjanjikan pulangan yg lumayan dalam masa yg singkat. Mengapa sck menjanjikan pulangan yg lumayan dalam masa yg singkat?Jawapannya:
1-Menarik minat pelabur kerana kurang risiko jangkamasa
2-Kelihatan lebih menarik dari sekim pelaburan yg ada di pasaran
3-Dapat menarik pelanggan untuk menggunakan wang simpanan kecemasan
Mengapa sck lebih popular dikalangan org melayu:
1-Orang Melayu lebih berminat kepada pelaburan berbentuk islam.Jadi banyak sekim sck mendakwa menepati syariat.
2-Orang Melayu amat berminat untuk kaya cepat tanpa perlu bekerja kuat.Mereka mengambil contoh idola penyanyi dan orang kuat politik kampung dan bhgn yg kaya raya tanpa perlu bekerja kuat.
3-Orang Melayu amat mudah mempercayai berita2 palsu apatah lagi jika ia mengenali pembawa berita palsu tersebut.
4-Orang Melayu terlalu percaya kpd takdir.Dia terpilh kerana takdir telah menentukan ia akan kaya;takdir juga memilih ia akan ditipu.Tak payah bising2 jika terkena tipu.

Bentuk2 SCK
---------------
1-Pulangan lumayan dlm bentuk bulanan.Penganjur terlibat dlm perniagaan antara bangsa. Penganjur perlukan modal,tak perlu pinjam bank.Pelabur akan didaftarkan sebagai pemegang saham dan layak mendapat dividen pada setiap bulan.
2-Penganjur adalah pemegang lesen mlm.Pelabur di kehendaki menjual lot2 kedai di internet. Misal nya satu lot RM 3000.Bagi yg berjaya jual komisyen RM 300 di bayar tunai.Jika pelabur yg kemudian juga dapat menjualnya pelabur asal tetap mendapat komisyen.Bagitulah seterusnya.Masing2 pelabur siang malam mencari pelabur2 baru.Penganjur senang lenang goyangkaki saja.Untuk menghalalkan mlm(lesen Multilevel Marketing) diakadkan pembelian atas belian sabun,bedak dll.
3-Pelaburan internet spt forex.Penganjur amat berpengalaman,ianya dapat memastikan pelabur tidak akan kerugian.Malah penganjur berupaya memutuskan talian antarabangsa jika pada masa kita tidur ditengahmalam pasaran eropah atau usa mengalami kejatuhan.
4-Pembelian dinar Iraq.Dijangka bila berakhir perang nilai ini akan meningkat dgn tinggi. Pelabur beli dan simpan.Yg hairannya money changer pun tidak pernah melihat dinar iraq yg baru ini.
5-Pelaburan konsep Al Bainah.Penganjur menawarkan pembelian misalnya set pinggan mangkuk dari italy dgn harga tunai RM 3000 kemudian membeli balik dgn harga hutang sebanyak RM 4000.Jadi pelabur bayar tunai RM 3000 dan dapat pulangan RM 4000 dlm bentuk hutang,misalnya sebulan RM 1000 selama 4 bulan.
Di mana penganjur mengiklankan penipuan mereka
------------------------------------------------------
1-Akhbar2 tempatan terutama akhbar online.Akhbar ini termasukah yg dimiliki olih parti pembangkang spt harakah dan suara keadilan
2-Risalah2 di tempat awam termasuk masjid dan surau
3-Rakan dan kenalan baru atau kenalan lama
4- Keluarga terdekat

Saranan untuk menghapuskan sck yg berluluasa sekarang ini
---------------------------------------------------------------
1-Tindakkan tegas kepada akhbar yg mengiklankan
2-Tindakkan tegas kpd bank yg gagal melapurkan aktiviti online deposit untuk sekim cepat kaya ini kpd bank negara.Di bawah akta AMLA bank wajib mengenal pasti aktiviti perniagaan pelanggan nya.Sebarang keraguan hendaklah dilapurkan kpd Bank Negara. Bank juga harus memilih untuk membuka akaun semasa 'foreign money';kerana ada penganjur yg membayar pelaburnya dalam bentuk wang USA dan UERO Dollar.
3-Kementerian perdagangan dlm negeri harus mengkaji lesen MLM yg disalah gunakan
4-Masjid,radio dan tv harus berperanan sepanjang masa mengingati akan haram dan salah akan sekim cepat kaya ini.
5-Bank Negara harus membuka talian online untuk tempat aduan orang ramai.
6-Kerajaan disarankan agar mentafrifkan semula sekim cepat kaya ini dgn akta yg lebih jelas. Selain dari pengambilan deposit tanpa lesen ianya harus diluaskan kpd apa saja aktiviti2 perniagaan yg meragukan.Satu badan khas wajib diujudkan untuk menjadi tempat rujukan org ramai.Badan khas ini sebaiknya diletak dibawah bank negara kerana BNM amat berpengalaman dalam hal ini.

Akhirnya kepada mereka diluar sana ambillah peringatan bahawa tidak ada jalan singkat untuk mencapai kejayaan dalam hidup.Nabi sendiri pun terpaksa membawa dagangan dari Mekah hingga Ke Syam demi untuk mencari rezeki.Jika penganjur sck ini benar2 tulin(genuine) mereka harus membentang penemuan mereka kpd kementerian keewangan malaysia agar kerajaan dapat melabur maka semua rakyat akan senang lenang.Jika mereka mendapat peluang perniagaan yg mudah lebih baik mereka beritahu secara rahsia kpd keluarga terdekat agar dapat kaya raya tak payah di tabur kemerata tempat risalah2 cara cepat kaya.

wallahualam

MENGAPA MELAYU LEMAH

Pada amnya setiap bangsa dikenali dgn kekuatan atau kelebihan yg di milikinya.Kekuatan bangsa jepun,korea dan cina adalah kerana sifat rajin dan tidak mudah berputus asa.Kekuatan bangsa india dan africa adalah kerana kekuatan fizikal semulajadi mereka.Apakah kelebihan yg di miliki olih bangsa melayu?
Kelebihan utama bangsa melayu dimalaysia adalah kerana islamnya.Memetik kata2 Saidina Omar r.a 'kita adalah bangsa yg di beri kemuliaan dgn islam, barangsiapa yg mencari selain daripada nya ia tidak akan mendapat kemuliaan melainkan akan di timpa kehinaan'. Ya,hinanya kita sekarang ini adalah kerana kita telah tidak memperdulikan lagi agama islam.Agama hanya diguna pakai masa bersalin,berkahwin dan kematian.Masa2 lain sepanjang kehidupan kita islam telah tidak diperdulikan.Misalnya cara berpakaian,bersukan,bercampur gaul,perniagaan, majlis keramaian dll.

Mengapa terjadi angkara ini:
1-Islam yg sebenar tidak diajar di sekolah dan university.Islam menjadi pemilik exclusive para pelajar pengajian islam.
2-Aqlak2 islam tidak menjadi teras pelajaran diperingkat rendah,menengah dan university. Sebaliknya subject saperti math dan sain2 di ajar di peringkat rendah,menengah dan university sekalipun bukan semua lulusan sekolah akan menjadi pakar math dan sains. Malah pekerjaan sebagai guru bahasa malaysiapun berkehendakan kelulusan sains dan math yg baik, tidak memperdulikan samaada bakal guru ini tahu sembahyang atau tidak
3-Subject bahasa inggeris terlalu diberi keutamaan,sebaliknya subject bahasa arab menjadi exclusive pada pelajar aliran agama.Apa yg terjadi kebanyakkan pelajar melayu dewasa ini masih lemah bahasa inggeris dan bahasa arab zero knowledge.Macammana mereka hendak memahami Al Quran?
4-Kebanyakan para dewasa melayu amat malas kemasjid dan surau.Jadi dimana mereka akan mendapat ilmu kehidupan islam kerana banyak ilmu2 ini diajar dimasjid dan surau terutama selepas sembahyang magrib.

Kesan nya , dgn pengetahuan islam yg lemah bangsa melayu menjadi bangsa yg terkeliru edentitinya,mereka ingin kaya tapi dgn mengambil jalan pintas spt sekim cepat kaya,judi ekor dan mengamal rasuah.Mereka ingin dipandang maju dgn cara berpakaian,minum arak dan pergaulan bebas.Mereka ingin kpd freedom,jadi tak perlu mengambil berat hal sembahyang,tak perlu dicegah sex bebas dan tak perlu dikongkong dgn undang2 akhlak.

Akhirnya umat melayu menjadi hina ditanahairnya sendiri merekalah yg paling ramai terlibat dgn dadah,rasuah,buang bayi,lumbaharam,bohsia, melepak dan lain gejala sosial.Benarnya kata2 Saidina Omar r.a mereka mencari lain dari islam ,mereka tidak akan mendapat kemuliaan bahkan pasti akan di timpa dgn kehinaan.

Maka marilah bangsaku kita kembali kpd kehidupan islam yg sebenar, kita tidak perlu menjadi ustaz,imam atau kadhi tapi cukuplah kita mengambil akhlak islam dlm kehidupan kita spt mengambil berat hal2 sembahyang,menutup aurat,tidak memftnah,tidak rasuah,banyak membaca Al Quran dan rajin menghaziri majlis2 ilmu dimasjid atau surau.
Kepada pemimpin2 islam, anda jadikanlah diri,keluarga dan jemaah saudara sebagai contoh muslim yg sejati.Kepada pemimpin melayu yg sedang berkuasa carilah formula terbaik bagaimana untuk melahirkan ahli sains,pakar keewangan ,jurutera dan lain2 profesional melayu yg juga merupakan pakar Al Quran dan Al Hadis.Ambil lah contoh bapa perubatan moden Ibnu Sina dimana beliau juga adalah pakar ilmu tauhid dan fekah islam.
Wallahualam

PROTON V6 SIAPA BENAR

Isu proton V6 timbul lagi bila Kerajaan Perak meluluskan pembelian kereta import menggantikan kereta V6.Sekali lagi CEO Proton mengeluarkan kenyataan menafikannya. Manakala kes di Terangganu masih lagi tergantung di bawah jagaan BPR. Siapa benar, siapa salah?
Berikut adalah fakta2 yg berkemungkinan terjadi.Para pembaca nilai lah sendiri, siapa benar siapa salah
1-Berbual dgn pimilik bengkel kereta persendirianyg tidak di beri tender maintainance kereta V6:cost maintainance V6 sama seperti kereta jepun lain amat murah.Mereka juga hairan dgn cost yg tinggi ini.
2-Bengkel2 milik proton dan eon kebanyakan tidak berpengalaman,terlalu protokol,tidak mesra pelanggan dan tidak ada urgency.Misalnya jika drebar EXCO meminta sedikit keutamaan kerana bosnya perlu cepat siap,payah untuk dipertimbangkan.Ini menyebabkan drebar lebih suka memilih bengkelnya sendiri.
3-Tidak ada polisi dari Kerajaan yg menetapkan baikpulih dan maintainance dari bengkel proton.
4-Rasuah yg berleluasa antara pemilik bengkel,drebar dan pegawai yg meluluskan pembayaran.
5-Pegawai2 tinggi krjn dan EXCO tidak ada langsung self of belonging of that car spt keretanya sendiri.Tidak ada rasa sayang kpd kereta tersebut kerana harta itu milik krjn.
6-Proton pula masih gagal memastikan kereta mereka high quality,mungkin kerana quality vendor demi meningkat vendor bumiputra.
CADANGAN
---------------
1-Kerajaan buatkan polisi semua pegawai tinggi yg layak diberi kemudahan kereta termasuk EXCO diberi kemudahan pinjaman tanpa faedah untuk membeli proton V6.Kereta ini adalah milik mereka.Kerajaan bersetuju memberi elaun baikpulih sebanyak RM 2000.00 sebulan. Elaun ini adalah milik mereka samaada kereta rosak atau tidak.Siapa yg pandai jaga kereta dia untung yg cuai tanggung sendiri.Minyak berdasarkan reimbursement the actual receipt.
atau
2-Polisi yg ada sekarang dikekalkan.Tapi kerajaan membuat tawaran terbuka kpd mana2 pemilik bengkel untuk membuat tawaran membaikpulih dan maintainance bagi semua proton V6.Perjanjian tahunan ditandatangani pada setiap tahun.Dgn ini kos penyelenggaraan telah di ketahui terlebih dahulu.Tidak ada alasan bagi bengkel untuk menipu kerana jika kerap rosak mereka juga akan menanggung kos dan kemungkinan hilang kontrak untuk tahun hadapan.
atau
3-Buat sptmana kerajaan melaka ,menyewa kereta tersebut termasuk kos penyelenggaraan.Untuk mengelak rasuah dan kronism,seharusnya ini dijadikan polisi nasional dan untuk lebih berdayamaju seharuskan proton membentuk satu anak syarikat miliknya.Ini adalah yg terbaik kerana at national level that company must be financially strong.

Malaysia ku hari ini

1-Manusia berlumba2 membeli rumah mewah di cerun2 bukit tinggi tapi mula menyalahkan semua pihak bila berlaku runtuhan.
Cadangan:pulaukan saja pembelian rumah dicerun2 bukit.Tak payah dok pinda berbagai akta.
2-Beribu mangsa banjir dan tsunami tidur bergelimpangan di tempat perpindahan tapi mangsa tanah runtuh di perumahan mewah di tawarkan hotel dan teksi percuma.
Cadangan:Jauhilah sikap double standard kerana ini amat tidak beritika.
3-Pasukan bolasepak gagal lagi di Thailand,yg salah hanya penjaga gol yg membuat satu kesilapan.
Cadangan:Bukan saja pasukan bolasepak patut dirombak seluruh struktur FAM harus dibubarkan.FAM gagal dalam memajukan mutu bolasepak negara.
4-Bekas menteri besar selangor tidak mengaku kesalahan beliau yg meluluskan bagitu banyak projek perumahan di cerun bukit tapi menyalahkan menteri2 besar yg terdahulu yg mula meluluskannya dan beliau juga menyalahkan menteri besar sekarang(baru 8 bulan) kerana gagal memantau kerja2 cuai beliau dan menteri2 besar terdahulu.
Cadangan:Tindakan undang2 adalah jalan terbaik.Tidak kira mana2 menteri besar kerajaan harus bertanggung jawab,hanya mahkamah saja jalan terbaik untuk menentukan siapa bersalah.
5-Mesyuarat tindakan ekonomi gagal mencari formula bagaimana hendak menurunkan harga minyak.Dicadangkan agar dibawa kemesyuarat kabinet.Masa menaikan minyak RM 0.30 dan RM 0.70 tak payah diputuskan dimana2 mesyuarat.Menteri pengguna pun terkejut.
Cadangan:Memandangkan kita net exporter dlm perniagaan minyak ini sepatutnya tidak ada syiling bagi harga bawah sebab sama saja pendapatan samaada kita jual kpd luarnegara atau dalam negara.Tapi bila harga naik harus ada syiling untuk mengelak inflasi.Had subsidi harus ditentukan kerana tidak guna negara punya pendapatan tinggi tapi rakyat kebuluran.Dah lebih 50 tahun negara mentadbir sumber minyak ini dgn baik.Subsidi merapu bila bayar roadtax ini biarlah jadi sejarah kebodohan PM kerana mendengar nasihat2 bodoh.