indahnya alam

Malaysia ku hari ini

1-Manusia berlumba2 membeli rumah mewah di cerun2 bukit tinggi tapi mula menyalahkan semua pihak bila berlaku runtuhan.
Cadangan:pulaukan saja pembelian rumah dicerun2 bukit.Tak payah dok pinda berbagai akta.
2-Beribu mangsa banjir dan tsunami tidur bergelimpangan di tempat perpindahan tapi mangsa tanah runtuh di perumahan mewah di tawarkan hotel dan teksi percuma.
Cadangan:Jauhilah sikap double standard kerana ini amat tidak beritika.
3-Pasukan bolasepak gagal lagi di Thailand,yg salah hanya penjaga gol yg membuat satu kesilapan.
Cadangan:Bukan saja pasukan bolasepak patut dirombak seluruh struktur FAM harus dibubarkan.FAM gagal dalam memajukan mutu bolasepak negara.
4-Bekas menteri besar selangor tidak mengaku kesalahan beliau yg meluluskan bagitu banyak projek perumahan di cerun bukit tapi menyalahkan menteri2 besar yg terdahulu yg mula meluluskannya dan beliau juga menyalahkan menteri besar sekarang(baru 8 bulan) kerana gagal memantau kerja2 cuai beliau dan menteri2 besar terdahulu.
Cadangan:Tindakan undang2 adalah jalan terbaik.Tidak kira mana2 menteri besar kerajaan harus bertanggung jawab,hanya mahkamah saja jalan terbaik untuk menentukan siapa bersalah.
5-Mesyuarat tindakan ekonomi gagal mencari formula bagaimana hendak menurunkan harga minyak.Dicadangkan agar dibawa kemesyuarat kabinet.Masa menaikan minyak RM 0.30 dan RM 0.70 tak payah diputuskan dimana2 mesyuarat.Menteri pengguna pun terkejut.
Cadangan:Memandangkan kita net exporter dlm perniagaan minyak ini sepatutnya tidak ada syiling bagi harga bawah sebab sama saja pendapatan samaada kita jual kpd luarnegara atau dalam negara.Tapi bila harga naik harus ada syiling untuk mengelak inflasi.Had subsidi harus ditentukan kerana tidak guna negara punya pendapatan tinggi tapi rakyat kebuluran.Dah lebih 50 tahun negara mentadbir sumber minyak ini dgn baik.Subsidi merapu bila bayar roadtax ini biarlah jadi sejarah kebodohan PM kerana mendengar nasihat2 bodoh.

0 comments: