indahnya alam

PROTON V6 SIAPA BENAR

Isu proton V6 timbul lagi bila Kerajaan Perak meluluskan pembelian kereta import menggantikan kereta V6.Sekali lagi CEO Proton mengeluarkan kenyataan menafikannya. Manakala kes di Terangganu masih lagi tergantung di bawah jagaan BPR. Siapa benar, siapa salah?
Berikut adalah fakta2 yg berkemungkinan terjadi.Para pembaca nilai lah sendiri, siapa benar siapa salah
1-Berbual dgn pimilik bengkel kereta persendirianyg tidak di beri tender maintainance kereta V6:cost maintainance V6 sama seperti kereta jepun lain amat murah.Mereka juga hairan dgn cost yg tinggi ini.
2-Bengkel2 milik proton dan eon kebanyakan tidak berpengalaman,terlalu protokol,tidak mesra pelanggan dan tidak ada urgency.Misalnya jika drebar EXCO meminta sedikit keutamaan kerana bosnya perlu cepat siap,payah untuk dipertimbangkan.Ini menyebabkan drebar lebih suka memilih bengkelnya sendiri.
3-Tidak ada polisi dari Kerajaan yg menetapkan baikpulih dan maintainance dari bengkel proton.
4-Rasuah yg berleluasa antara pemilik bengkel,drebar dan pegawai yg meluluskan pembayaran.
5-Pegawai2 tinggi krjn dan EXCO tidak ada langsung self of belonging of that car spt keretanya sendiri.Tidak ada rasa sayang kpd kereta tersebut kerana harta itu milik krjn.
6-Proton pula masih gagal memastikan kereta mereka high quality,mungkin kerana quality vendor demi meningkat vendor bumiputra.
CADANGAN
---------------
1-Kerajaan buatkan polisi semua pegawai tinggi yg layak diberi kemudahan kereta termasuk EXCO diberi kemudahan pinjaman tanpa faedah untuk membeli proton V6.Kereta ini adalah milik mereka.Kerajaan bersetuju memberi elaun baikpulih sebanyak RM 2000.00 sebulan. Elaun ini adalah milik mereka samaada kereta rosak atau tidak.Siapa yg pandai jaga kereta dia untung yg cuai tanggung sendiri.Minyak berdasarkan reimbursement the actual receipt.
atau
2-Polisi yg ada sekarang dikekalkan.Tapi kerajaan membuat tawaran terbuka kpd mana2 pemilik bengkel untuk membuat tawaran membaikpulih dan maintainance bagi semua proton V6.Perjanjian tahunan ditandatangani pada setiap tahun.Dgn ini kos penyelenggaraan telah di ketahui terlebih dahulu.Tidak ada alasan bagi bengkel untuk menipu kerana jika kerap rosak mereka juga akan menanggung kos dan kemungkinan hilang kontrak untuk tahun hadapan.
atau
3-Buat sptmana kerajaan melaka ,menyewa kereta tersebut termasuk kos penyelenggaraan.Untuk mengelak rasuah dan kronism,seharusnya ini dijadikan polisi nasional dan untuk lebih berdayamaju seharuskan proton membentuk satu anak syarikat miliknya.Ini adalah yg terbaik kerana at national level that company must be financially strong.

0 comments: