indahnya alam

Punca2 Murah Rezeki

Berikut adalah punca2 murah rezeki.Muga barang siapa yg ikhlas beramal dgn cadangan ini dan dgn izin Allah ianya dilimpahi rezeki dari Allah yg maha pengurnia dan maha pemurah.
1-Sentiasa mengeratkan silatulrahim antara keluarga sama ada yg jauh atau yg dekat
2- Menghormati tetamu yg datang kerumah.
3-Menghormati dan menunaikan hak2 jiran
4-Sentiasa menutup keaiban jiran, sahabat dan keluarga
5-Membanyakkan membaca Al Quran sekurang2nya 100 ayat sehari
6-Membanyakkan diri dalam majlis2 ilmu
7-Ikhlas dalam semua perbuatan dan pekerjaan.
8-Banyakkan sedekah jariah
9-Banyak melakukan amal ibadat terutama amalan2 sunat
10.Rajin bangun sembahyang malam.

Dgn merenungi cadangan2 diatas kita dapat melihat hampir semua cadangan ini tidak berkaitan dgn kuat bekerja dan berusha.Ramai org beranggapan bahawa kekayaan dan kebahgian sesaorang itu bergantung kepada sebanyak mana harta yg mereka miliki.Ingatklah kekayaan yg tidak diiringi dgn keberkatan, yang menanti dihujungnya adalah kemusnahan,penderitaan dan penyesalan.Seorang pegawai tinggi sanggup menerima rasuah adalah kerana hilang keberkatan rezekinya.Macammana sesaorang akan mendapat keberkatan jika mereka terlalu sibuk bekerja hingga tidak menyedari bahawa jirannya sedang sakit tenat.

Muga2 kita dapat merenung dan mengambil ikhtibar dari cadangan2 ini.Ianya adalah petikan dari buku punca2 murah rezeki.

Manual Hidup Tanpa Bebenan Hutang

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yg bermasuk:Jauhilah hutang kerana ianya membawa kemudharatan dalam waktu,iaitu waktu siang kamu takut penghinaan dari yang memberi hutang dan kegelisahan diwaktu malam memikirkan punca pendapatan untuk membayar hutang.
Mengikut kajian terbaru Bank Negara Malaysia(BNM),hutang isirumah pada tahun 2010 mencecah RM440 billion.Daripada jumlah tersebut RM4 billion adalah hutang kredit kad.Dgn jumlah yg besar ini dianggarkan hampir 75 % kakitangan kerajaan dan swasta terlibat dengan fenomina hutang.Jumlah ini belum mengambil kira hutang dgn ceti haram,pajak gadai dan hutang dgn kedai2 perabot.
Hutang ibarat najis dadah sekali anda terlibat sukar untuk mencari jalan keluarnya.

Punca2 Hutang
1-Pinjaman perumahan
2-pinjaman kenderaan
3-Pinjaman peribadi
4-Pinjaman pelajaran
5-Kredit kad
6-Ansuran beli perabot
Manual berikut hanya sesuai kepada mereka yang belum terlibat dgn hutang,terutama bakal2 graduan dan bakal2 yg mencari pekerjaan.
Tip2 berikut wajar direnungi dan difikirkan secara mendalam.Ianya juga wajar diperbincangkan dan diperhalusi

1- Perumahan
-Adalah tidak sesuai anda membeli rumah yg mahal pada permulaan bekerja.Di bandar kecil dan sederhana juga dikawasan luar bandar lazimnya sewa rumah adalah jauh lebih rendah dari ansuran pinjaman.
-Biasanya diawal 10 tahun pekerjaan anda dan pasangan belum membuat keputusan dimana tempat persaraan nanti.
-Tidak sesuai membeli rumah diawal pekerjaan kerana faktor pertukaran diri dan pasangan.
-Tidak sesuai membeli atau menyewa rumah yg besar diawal pekerjaan kerana keluarga masih kecil.
-Harga rumah cenderung untuk tidak meningkat tinggi dimasa hadapan dikawasan2 dimana masih terdapat banyak tanah kosong yg belum dimajukan.
-Jika anda terpaksa membeli rumah kerana sewaan dan ansuran lebihkurang sama,elakkan untuk membuat ubahsuai yg berlebihan kerana kos ubahsuai tidak diambilkira dalam lapuran penilaian harga rumah jika anda ingin menjualkannya semula.

Kereta
-Ambil perhatian kereta mengalami susut nilai sebanyak 20% pada setiap tahun.Jika anda membeli kereta baru bernilai RM100 ribu,sebaik sahaja anda memandu keluar nilai kereta anda sudah jatuh sebanyak RM20 ribu.
-Jika anda mengambil pinjaman kereta selama 9 tahun, 5 tahun yg pertama ansuran pinjaman tersebut 80% adalah hanya membayar faedah bank.Dgn kata lain jika anda pijam RM100 ribu selama 9 tahun,5 tahun pertama pinjaman anda masih berbaki RM80 ribu sedangkan nilai pasaran ekonomi kereta anda adalah kosong.Nilai pada masa tersebut hanya bergantung kpd permintaan dan penawaran pada masa tersebut.
-Oleh itu sesuai dgn anda yg mula bekerja beli kereta yg kecil dan kurangkan tempoh jangkamasa bayarannya.Kereta 'second hand' yg berusia 5 tahun keatas juga sesuai anda beli.
-Jangan jadikan hobi menukar kereta kerana ianya adalah kerja yg amat sia2.
-Jangan suka mengunjungi pusat2 jualan kereta kerana jualjual mereka amat terlatih untuk mempengaruhi anda malah memaksa anda membuat keputusan yg cepat.

Kredit kad
-Jangan sekali2 terlibat dgn kredit kad.Ianya melatih anda berbelanja melebihi pendapatan
-Faedah yg dikenakan amat tinggi iaitu antara 18% hingga 25%.
-Kredit kad juga banyak terdedah kepada penipuan sukar untuk anda memperolehi keadilan.

Pinjaman peribadi

Kebanyakan pegawai2 kerajaan membuat pinjaman peribadi dgn bank rakyat,bsn,bankpertanian dan koperasi.Ianya mudah kerana ANGKASA diberi kemudahan untuk membuat potongan gaji bulanan para pekerja. Bank Rakyat misalnya mengaut keuntungan hampir RM2 billion setahun dan mampu membayar diveden kepada pemegang saham melebihi 15% setahun;paling tinggi diMalaysia.
Untuk pengetahuan anda semua Bank Rakyat biasanya mengenakan kadar faedah pinjaman nya adalah sebanyak 5% setahun ;dikira berdasarkan kadar rata(flat rate).Ini bermakna jika anda meminjam RM100 ribu selama 15tahun;anda telah dikenakan kadar faedah sebanyak (75%)
"pinjaman anda sebenarnya berjumlahRM 175 ribu(RM 100 ribu + RM75 ribu)'.Kezaliman kadar faedah 'flat rate' ini adalah walaupun anda telah berada ditahun yg 14 prisipal yang dikenakan faedah masih berdasarkan kepada RM100 ribu.

Jadi elakkan membuat pinjaman peribadi kerana ianya amat menyiksakan dlm jangkamasa panjang.

Lain2 tip untuk menstabilkan kewangan kita
-Ambil insuran hayat dimasa anda masih muda kerana anda akan mendapatkan perlindungan yg tinggi dgn bayaran bulanan yg rendah.Elakkan mengambil insuran kesihatan kerana sebagai kakitangan krjn anda layak mendapat rawatan kelas pertama dimana2 hospital kerajaan.
-Elakkan membuat pinjaman untuk melabur kerana faedah pinjaman selalunya lebih tinggi dari faedah simpanan.
-Jika tempat kerja anda mempunyai koperasi kakitangan,buat caruman simpanan kerana sukar untuk anda mengeluarkan hinggalah anda berhenti menjadi ahli.Biarkan diveden tahunan terkumpul.
-Tetapkan jumlah bulanan yg sesuai untuk ibubapa dan sedekah jariah kerana itu merupakan punca keberkatan pendapatan.
-Buat potongan zakat bulanan, kunjungilah pusat zakat setempat;Zakat adalah hak org yg memerlukan yg dimasukkan melalui gaji anda.Haram anda menggunakannya.

Jika anda pandai menguruskan kewangan sendiri anda akan dapati apabila mencapai usia 45 tahun anda telah bebas dari hutang2 dan mempunyai simpan yg membanggakan.Anda membuat keputasan pada masa itu samaada salah seorang dari anda berhenti dan memasuki perjuangan menegakkan keadilan secara sepenuh masa,anda boleh membuat pilihan membeli rumah yg agak mewah untuk persaraan.Semuanya anda boleh lakukan.Akan tetapi jika diusia 45 tahun anda masih bergelut dgn beban hutang dan ketidakcukupan perbelanjaan maka anda adalah manusia yg telah gagal.Pilihan ditangan anda.Bagi mereka yg telah terjebak dgn gejala hutang hanya kesabaran,doa dan keajaiban sahaja yg dapat membantu anda.

WASIAT IMAM SYAFEI

1-Belajar dan mengajar ilmu
2-Memilih makanan halal
3-Sabar dgn musibat,syukur dgn nikmat
4-Menziarahi org sakit
5-Hindari perasaan marah
6-Mengasihi anak yatim
7-berbakti kepada ibu bapa.
8-Beramal soleh
9-Bertakwa kpd Allah
10-Tafakur sebelum tidur
Perbanyakkan lima perkara
1-Banyak menyebut Allah drp menyebut makhluk
2-Banyak menyebut akhirat drp menyebut dunia
3-Banyakan mengingat mati drp hal2 kehidupan
4-Jangan menyebut kebaikan diri dan keluarga
5-Jangan menampakkan keaiban atau keburukan org lain

Dipetik dari buku 30 wasiat Imam Syafei.