indahnya alam

Sekim Cepat Kaya(sck);Mengapa Melayu ramai terlibat

Sck adalah satu pelaburan yg menjanjikan pulangan yg lumayan dalam masa yg singkat. Mengapa sck menjanjikan pulangan yg lumayan dalam masa yg singkat?Jawapannya:
1-Menarik minat pelabur kerana kurang risiko jangkamasa
2-Kelihatan lebih menarik dari sekim pelaburan yg ada di pasaran
3-Dapat menarik pelanggan untuk menggunakan wang simpanan kecemasan
Mengapa sck lebih popular dikalangan org melayu:
1-Orang Melayu lebih berminat kepada pelaburan berbentuk islam.Jadi banyak sekim sck mendakwa menepati syariat.
2-Orang Melayu amat berminat untuk kaya cepat tanpa perlu bekerja kuat.Mereka mengambil contoh idola penyanyi dan orang kuat politik kampung dan bhgn yg kaya raya tanpa perlu bekerja kuat.
3-Orang Melayu amat mudah mempercayai berita2 palsu apatah lagi jika ia mengenali pembawa berita palsu tersebut.
4-Orang Melayu terlalu percaya kpd takdir.Dia terpilh kerana takdir telah menentukan ia akan kaya;takdir juga memilih ia akan ditipu.Tak payah bising2 jika terkena tipu.

Bentuk2 SCK
---------------
1-Pulangan lumayan dlm bentuk bulanan.Penganjur terlibat dlm perniagaan antara bangsa. Penganjur perlukan modal,tak perlu pinjam bank.Pelabur akan didaftarkan sebagai pemegang saham dan layak mendapat dividen pada setiap bulan.
2-Penganjur adalah pemegang lesen mlm.Pelabur di kehendaki menjual lot2 kedai di internet. Misal nya satu lot RM 3000.Bagi yg berjaya jual komisyen RM 300 di bayar tunai.Jika pelabur yg kemudian juga dapat menjualnya pelabur asal tetap mendapat komisyen.Bagitulah seterusnya.Masing2 pelabur siang malam mencari pelabur2 baru.Penganjur senang lenang goyangkaki saja.Untuk menghalalkan mlm(lesen Multilevel Marketing) diakadkan pembelian atas belian sabun,bedak dll.
3-Pelaburan internet spt forex.Penganjur amat berpengalaman,ianya dapat memastikan pelabur tidak akan kerugian.Malah penganjur berupaya memutuskan talian antarabangsa jika pada masa kita tidur ditengahmalam pasaran eropah atau usa mengalami kejatuhan.
4-Pembelian dinar Iraq.Dijangka bila berakhir perang nilai ini akan meningkat dgn tinggi. Pelabur beli dan simpan.Yg hairannya money changer pun tidak pernah melihat dinar iraq yg baru ini.
5-Pelaburan konsep Al Bainah.Penganjur menawarkan pembelian misalnya set pinggan mangkuk dari italy dgn harga tunai RM 3000 kemudian membeli balik dgn harga hutang sebanyak RM 4000.Jadi pelabur bayar tunai RM 3000 dan dapat pulangan RM 4000 dlm bentuk hutang,misalnya sebulan RM 1000 selama 4 bulan.
Di mana penganjur mengiklankan penipuan mereka
------------------------------------------------------
1-Akhbar2 tempatan terutama akhbar online.Akhbar ini termasukah yg dimiliki olih parti pembangkang spt harakah dan suara keadilan
2-Risalah2 di tempat awam termasuk masjid dan surau
3-Rakan dan kenalan baru atau kenalan lama
4- Keluarga terdekat

Saranan untuk menghapuskan sck yg berluluasa sekarang ini
---------------------------------------------------------------
1-Tindakkan tegas kepada akhbar yg mengiklankan
2-Tindakkan tegas kpd bank yg gagal melapurkan aktiviti online deposit untuk sekim cepat kaya ini kpd bank negara.Di bawah akta AMLA bank wajib mengenal pasti aktiviti perniagaan pelanggan nya.Sebarang keraguan hendaklah dilapurkan kpd Bank Negara. Bank juga harus memilih untuk membuka akaun semasa 'foreign money';kerana ada penganjur yg membayar pelaburnya dalam bentuk wang USA dan UERO Dollar.
3-Kementerian perdagangan dlm negeri harus mengkaji lesen MLM yg disalah gunakan
4-Masjid,radio dan tv harus berperanan sepanjang masa mengingati akan haram dan salah akan sekim cepat kaya ini.
5-Bank Negara harus membuka talian online untuk tempat aduan orang ramai.
6-Kerajaan disarankan agar mentafrifkan semula sekim cepat kaya ini dgn akta yg lebih jelas. Selain dari pengambilan deposit tanpa lesen ianya harus diluaskan kpd apa saja aktiviti2 perniagaan yg meragukan.Satu badan khas wajib diujudkan untuk menjadi tempat rujukan org ramai.Badan khas ini sebaiknya diletak dibawah bank negara kerana BNM amat berpengalaman dalam hal ini.

Akhirnya kepada mereka diluar sana ambillah peringatan bahawa tidak ada jalan singkat untuk mencapai kejayaan dalam hidup.Nabi sendiri pun terpaksa membawa dagangan dari Mekah hingga Ke Syam demi untuk mencari rezeki.Jika penganjur sck ini benar2 tulin(genuine) mereka harus membentang penemuan mereka kpd kementerian keewangan malaysia agar kerajaan dapat melabur maka semua rakyat akan senang lenang.Jika mereka mendapat peluang perniagaan yg mudah lebih baik mereka beritahu secara rahsia kpd keluarga terdekat agar dapat kaya raya tak payah di tabur kemerata tempat risalah2 cara cepat kaya.

wallahualam

MENGAPA MELAYU LEMAH

Pada amnya setiap bangsa dikenali dgn kekuatan atau kelebihan yg di milikinya.Kekuatan bangsa jepun,korea dan cina adalah kerana sifat rajin dan tidak mudah berputus asa.Kekuatan bangsa india dan africa adalah kerana kekuatan fizikal semulajadi mereka.Apakah kelebihan yg di miliki olih bangsa melayu?
Kelebihan utama bangsa melayu dimalaysia adalah kerana islamnya.Memetik kata2 Saidina Omar r.a 'kita adalah bangsa yg di beri kemuliaan dgn islam, barangsiapa yg mencari selain daripada nya ia tidak akan mendapat kemuliaan melainkan akan di timpa kehinaan'. Ya,hinanya kita sekarang ini adalah kerana kita telah tidak memperdulikan lagi agama islam.Agama hanya diguna pakai masa bersalin,berkahwin dan kematian.Masa2 lain sepanjang kehidupan kita islam telah tidak diperdulikan.Misalnya cara berpakaian,bersukan,bercampur gaul,perniagaan, majlis keramaian dll.

Mengapa terjadi angkara ini:
1-Islam yg sebenar tidak diajar di sekolah dan university.Islam menjadi pemilik exclusive para pelajar pengajian islam.
2-Aqlak2 islam tidak menjadi teras pelajaran diperingkat rendah,menengah dan university. Sebaliknya subject saperti math dan sain2 di ajar di peringkat rendah,menengah dan university sekalipun bukan semua lulusan sekolah akan menjadi pakar math dan sains. Malah pekerjaan sebagai guru bahasa malaysiapun berkehendakan kelulusan sains dan math yg baik, tidak memperdulikan samaada bakal guru ini tahu sembahyang atau tidak
3-Subject bahasa inggeris terlalu diberi keutamaan,sebaliknya subject bahasa arab menjadi exclusive pada pelajar aliran agama.Apa yg terjadi kebanyakkan pelajar melayu dewasa ini masih lemah bahasa inggeris dan bahasa arab zero knowledge.Macammana mereka hendak memahami Al Quran?
4-Kebanyakan para dewasa melayu amat malas kemasjid dan surau.Jadi dimana mereka akan mendapat ilmu kehidupan islam kerana banyak ilmu2 ini diajar dimasjid dan surau terutama selepas sembahyang magrib.

Kesan nya , dgn pengetahuan islam yg lemah bangsa melayu menjadi bangsa yg terkeliru edentitinya,mereka ingin kaya tapi dgn mengambil jalan pintas spt sekim cepat kaya,judi ekor dan mengamal rasuah.Mereka ingin dipandang maju dgn cara berpakaian,minum arak dan pergaulan bebas.Mereka ingin kpd freedom,jadi tak perlu mengambil berat hal sembahyang,tak perlu dicegah sex bebas dan tak perlu dikongkong dgn undang2 akhlak.

Akhirnya umat melayu menjadi hina ditanahairnya sendiri merekalah yg paling ramai terlibat dgn dadah,rasuah,buang bayi,lumbaharam,bohsia, melepak dan lain gejala sosial.Benarnya kata2 Saidina Omar r.a mereka mencari lain dari islam ,mereka tidak akan mendapat kemuliaan bahkan pasti akan di timpa dgn kehinaan.

Maka marilah bangsaku kita kembali kpd kehidupan islam yg sebenar, kita tidak perlu menjadi ustaz,imam atau kadhi tapi cukuplah kita mengambil akhlak islam dlm kehidupan kita spt mengambil berat hal2 sembahyang,menutup aurat,tidak memftnah,tidak rasuah,banyak membaca Al Quran dan rajin menghaziri majlis2 ilmu dimasjid atau surau.
Kepada pemimpin2 islam, anda jadikanlah diri,keluarga dan jemaah saudara sebagai contoh muslim yg sejati.Kepada pemimpin melayu yg sedang berkuasa carilah formula terbaik bagaimana untuk melahirkan ahli sains,pakar keewangan ,jurutera dan lain2 profesional melayu yg juga merupakan pakar Al Quran dan Al Hadis.Ambil lah contoh bapa perubatan moden Ibnu Sina dimana beliau juga adalah pakar ilmu tauhid dan fekah islam.
Wallahualam

PROTON V6 SIAPA BENAR

Isu proton V6 timbul lagi bila Kerajaan Perak meluluskan pembelian kereta import menggantikan kereta V6.Sekali lagi CEO Proton mengeluarkan kenyataan menafikannya. Manakala kes di Terangganu masih lagi tergantung di bawah jagaan BPR. Siapa benar, siapa salah?
Berikut adalah fakta2 yg berkemungkinan terjadi.Para pembaca nilai lah sendiri, siapa benar siapa salah
1-Berbual dgn pimilik bengkel kereta persendirianyg tidak di beri tender maintainance kereta V6:cost maintainance V6 sama seperti kereta jepun lain amat murah.Mereka juga hairan dgn cost yg tinggi ini.
2-Bengkel2 milik proton dan eon kebanyakan tidak berpengalaman,terlalu protokol,tidak mesra pelanggan dan tidak ada urgency.Misalnya jika drebar EXCO meminta sedikit keutamaan kerana bosnya perlu cepat siap,payah untuk dipertimbangkan.Ini menyebabkan drebar lebih suka memilih bengkelnya sendiri.
3-Tidak ada polisi dari Kerajaan yg menetapkan baikpulih dan maintainance dari bengkel proton.
4-Rasuah yg berleluasa antara pemilik bengkel,drebar dan pegawai yg meluluskan pembayaran.
5-Pegawai2 tinggi krjn dan EXCO tidak ada langsung self of belonging of that car spt keretanya sendiri.Tidak ada rasa sayang kpd kereta tersebut kerana harta itu milik krjn.
6-Proton pula masih gagal memastikan kereta mereka high quality,mungkin kerana quality vendor demi meningkat vendor bumiputra.
CADANGAN
---------------
1-Kerajaan buatkan polisi semua pegawai tinggi yg layak diberi kemudahan kereta termasuk EXCO diberi kemudahan pinjaman tanpa faedah untuk membeli proton V6.Kereta ini adalah milik mereka.Kerajaan bersetuju memberi elaun baikpulih sebanyak RM 2000.00 sebulan. Elaun ini adalah milik mereka samaada kereta rosak atau tidak.Siapa yg pandai jaga kereta dia untung yg cuai tanggung sendiri.Minyak berdasarkan reimbursement the actual receipt.
atau
2-Polisi yg ada sekarang dikekalkan.Tapi kerajaan membuat tawaran terbuka kpd mana2 pemilik bengkel untuk membuat tawaran membaikpulih dan maintainance bagi semua proton V6.Perjanjian tahunan ditandatangani pada setiap tahun.Dgn ini kos penyelenggaraan telah di ketahui terlebih dahulu.Tidak ada alasan bagi bengkel untuk menipu kerana jika kerap rosak mereka juga akan menanggung kos dan kemungkinan hilang kontrak untuk tahun hadapan.
atau
3-Buat sptmana kerajaan melaka ,menyewa kereta tersebut termasuk kos penyelenggaraan.Untuk mengelak rasuah dan kronism,seharusnya ini dijadikan polisi nasional dan untuk lebih berdayamaju seharuskan proton membentuk satu anak syarikat miliknya.Ini adalah yg terbaik kerana at national level that company must be financially strong.

Malaysia ku hari ini

1-Manusia berlumba2 membeli rumah mewah di cerun2 bukit tinggi tapi mula menyalahkan semua pihak bila berlaku runtuhan.
Cadangan:pulaukan saja pembelian rumah dicerun2 bukit.Tak payah dok pinda berbagai akta.
2-Beribu mangsa banjir dan tsunami tidur bergelimpangan di tempat perpindahan tapi mangsa tanah runtuh di perumahan mewah di tawarkan hotel dan teksi percuma.
Cadangan:Jauhilah sikap double standard kerana ini amat tidak beritika.
3-Pasukan bolasepak gagal lagi di Thailand,yg salah hanya penjaga gol yg membuat satu kesilapan.
Cadangan:Bukan saja pasukan bolasepak patut dirombak seluruh struktur FAM harus dibubarkan.FAM gagal dalam memajukan mutu bolasepak negara.
4-Bekas menteri besar selangor tidak mengaku kesalahan beliau yg meluluskan bagitu banyak projek perumahan di cerun bukit tapi menyalahkan menteri2 besar yg terdahulu yg mula meluluskannya dan beliau juga menyalahkan menteri besar sekarang(baru 8 bulan) kerana gagal memantau kerja2 cuai beliau dan menteri2 besar terdahulu.
Cadangan:Tindakan undang2 adalah jalan terbaik.Tidak kira mana2 menteri besar kerajaan harus bertanggung jawab,hanya mahkamah saja jalan terbaik untuk menentukan siapa bersalah.
5-Mesyuarat tindakan ekonomi gagal mencari formula bagaimana hendak menurunkan harga minyak.Dicadangkan agar dibawa kemesyuarat kabinet.Masa menaikan minyak RM 0.30 dan RM 0.70 tak payah diputuskan dimana2 mesyuarat.Menteri pengguna pun terkejut.
Cadangan:Memandangkan kita net exporter dlm perniagaan minyak ini sepatutnya tidak ada syiling bagi harga bawah sebab sama saja pendapatan samaada kita jual kpd luarnegara atau dalam negara.Tapi bila harga naik harus ada syiling untuk mengelak inflasi.Had subsidi harus ditentukan kerana tidak guna negara punya pendapatan tinggi tapi rakyat kebuluran.Dah lebih 50 tahun negara mentadbir sumber minyak ini dgn baik.Subsidi merapu bila bayar roadtax ini biarlah jadi sejarah kebodohan PM kerana mendengar nasihat2 bodoh.

INSIGHT for SUCCESS

1-success isdetermined more by effort than by luck,luck is the direct result of consistent,organised,and enthusiastic effort.
2-To be completely happy in your work,you have to look beyond your talents and your likes.You also have to consider the type of behaviour the role will require of you.
3-Successful people learn to pass up immeadiate pleasures in return for more gratifying long-term pleasures.They do the dull and unglamorous things that unsuccessful people are unwilling to do.
4-Building relationships is an important key to personal success.No one is truly a self-made person.Human society is built on cooperation,and we need to be able to count on the assistance of others.
5-If you never show anger,temper or loss of control,you will always maintain credibility,as well as controlling the situation.Lose your temper and it becomes a tremendous sport for any audience.

Perkara pelik akhir zaman

Ingin dipaparkan perkara pelik mutakhir ini untuk renungan bersama
1-Pakar2 sosial dan badan2 profesional mengkritik majlis fatwa negara.Umpama pakar bolesepak mengkritik permainan badminton.Lebih pelik kritikan mereka diberi publisity meluas.
2-Ahli2 politik yg merasuah menukar perkataan rasuah dgn politik wang;mereka juga menjadi jaguh untuk menentang rasuah,lebih pelik mereka mendapat sokongan dari ahli2 yg menerima rasuah.
3-Setelah lebih 50 tahun memerintah,mereka menyalah orang lain kerana melayu masih jauh ketinggalan dan masih memerlukan subsidi,mereka memohon 50 tahun lagi untuk mengangkat mertabat melayu
4-Mereka terlalu marah dgn kononnya cubaan untuk membatalkan ketuanan melayu; setelah 50 tahun memerintah orang2 melayu menjadi tuan dlm kes2 penagih dan pengedar dadah, buang bayi,mat rempit,punk,bohsia,kemiskinan luar dan dlm bandar dan jaguh sekim cepat kaya.
5-Krisis2 rumah tangga diberi publisity yg meluas termasuk siaran langsung;pasangan yg hidup bahagia tidak diperdulikan
6-Siaran2 tv yg melalaikan diperuntukan sebanyak 23 jam sehari,siaran agama hanya 1 jam.
7-Profile pelakon dan penyanyi di war2kan kpd orangramai;profile ulamak tiada siapa peduli
8-Musim tengkujuh ditangisi olih masyrakat;dipihak krjn dijadikan pesta monsun;RM 1juta untuk mangsa banjir,RM 100 juta untuk pesta monsun.
9-Perlumbaan kapal layar piala monsun terpaksa ditangguhkan kerana cuaca buruk padahal piala tersebut sengaja dirancang dlm musim monsun.
10-Fatwa haram rokok telah diluluskan dah lebih 10 tahun tapi hanya pulau pinang dan selangor yg menggezetkan;kerajaan islam kelantan pun tidak berminat malah ramai pemimpin dan ahli mereka yg melanggar fatwa ini.

Punca Murah Rezeki

1-Selalu bertaubat dan banyakkan membaca istigfar
2-Banyakkan membaca Al Quran,mempelajari maknanya dan mempraktikan saranannya
3-Banyakkan membaca selawat keatas Nabi dan Keluarganya.
4-Banyakkan sembahyang sunat terutama sunat tahajud,sunat dhuha dan sunat hajat
5-Kerapkan bersedekah sekalipun jumlah kecil sekadar yg termampu
6-Jauhkan sifat dengki dan khianat
7-Kerap menziarahi ahli2 keluarga demi untuk mengiratkan siratulrahim
8-Sentiasa bersyukur atas nikmat yg dikurniakan
9-Bersedia menawarkan pertolongan kpd golongan yg memerlukan terutama mereka yg lemah
10-Sentiasa berdoa dan sentiasa bersangka baik dgn janji allah.
11-Sentiasa redza dgn musibah allah.

Punca Murah Rezeki

Pemimpin yg di kenang

Pada kebiasaan nya terdapat 2 kategori pemimpin yg di kenang:
1-Di kenang kerana kezaliman nya
2-Di kenang kerana keadilan nya.
Pemimpin dan harta lazimnya tidak dapat di pisahkan.Marilah kita periksa diri sendiri dalam kategori manakah diri kita sebagai pemimpin:
i) mempunyai harta sebelum menjadi pemimpin,bila bersara dari memimpin harta bertambah dgn banyaknya.
ii) mempunyai harta sebelum menjadi pemimpin,bila bersara itu juga harta yg dimilikinya
iii) mempunyai harta sebelum menjadi pemimpin,bila bersara harta yg di milikinya semakin berkurangan.

Ingatlah semasa kita di lahirkan kita menangis tapi keluarga disekeliling ketawa riang menyambut kelahiran tersebut,maka jadilah pemimpin yg adil agar diambang kematian kita,kita senyum gembira tetapi keluarga disekeliling dan masyarakat menangis akan kematian ini. Bayangkan jika saat kematian ini kita menangis mengenangkan kezaliman kita masyarakat bergembira kerana terhapusnya seorang penzalim dimuka bumi ini.

Nasihat dari HAMKA

1-Layanlah tetamu yg datang kerumah anda dgn layanan yg paling istemewa,sebaliknya jika anda menjadi tetamu cuba kurangkan makan apa yg dihidangkan;mungkin keluarga mereka belum merasai makanan istemewa itu.
2-Keikhlasan dalam pekerjaan hendaklah diutamakan,kerana yg demekian anda tidak akan berdukacita jika di hina olih manusia.
3-Dampingilah pemerintah kerana mereka mungkin jauh tersesat jika tidak dinasihati.
4-Bila anda di timpa kerunsingan banyakkanlah membaca Al Quran.
5-Apabila menyampaikan ilmu agama anda bolih mengenakan bayaran yg agak tinggi kepada badan yg berkemampuan tapi anda mesti bersedia berkorban untuk rakyat bawahan.
6-Anda mesti bersedia untuk memaafkan kesalahan manusia kerana yg demekian itu membuatkan anda ramai sahabat2 baru.
7-Berusha untuk membalas dgn kebaikan bagi setiap kejahatan yg tertimpa keatas anda, kerana yg demekian itu adalah salah satu punca kebersihan hati.

Menghadapi kemelesetan ekonomi negara pada masa kini

1-Mengurangkan perbelanjaan kepada barang2 bukan keperluan
2-Berusha untuk menjimatkan perbelanjaan wajib spt air, api dan makanan asasi
3-Meningkatkan creativiti tangan spt belajar menjahit sendiri atau berkebun secara kecilan
4-Memberi kesedaran kepada isi rumah agar mereka sama2 memahami masaalah ini
5-Meningkatkan usaha2 tabungan demi menghadapi musibah yg mungkin lebih besar atau berpanjangan
6-Sentiasa bersedia dari segi mental untuk menghadapi keadaan yg paling buruk( the worth scenario case)
7-Sentiasa memahami dan percaya bahawa kemelesetan ekonomi ini adalah bala atau musibah dari Allah samalah spt banjir besar,kebakaran,gempa bumi atau tsunami.Olih itu sentiasalah berdoa agar kita dan keluarga terselamat dari bahayanya.
8-Bersimpati dan cuba menghulurkan sedikit bantuan kepada rakan2 atau keluarga yg telah kehilangan pekerjaan pada masa kini.
9-Tingkatkan keyakinan diri,tingkatkan amalan, hentikan maksiat dan sentiasa bersikap positif

Kesan2 dari kurang membaca,kurang mendengar dan kurang berkomunikasi

1-Sukar menerima idea2 baru
2-Merasa terhina bila pendapatnya tidak di terima.
3-Tidak menyedari bahawa idea2nya telah ketinggalan zaman
4-Suka membuat kesimpulan negatif terhadap orang lain
5-Sukar untuk berubah untuk memajukan diri
6-Akan sentiasa menyalahkan orang lain apabila satu2 perkara buruk berlaku
7-Tidak menyedari bahawa dirinya mula di pencilkan olih keluarga @ masyarakat
8-Sukar untuk mendapat rakan2 baru dan mula kehilangan rakan2 lama
9-Sentiasa mengulang2 cerita sejarah kejayaan dirinya di masa2 lalu demi untuk menutup kelemahan masa kini.

HAPPY LIFE

1-Money doesn't create man but it is the man who created money.
2-Live your life as simple as you are.
3-Don't do what others say;just listen them,but do what you feel good.
4-Don't go on brand name;just wear those things in which you feel comfortable.
5-Don't waste your money on unnecessary things;just spend on them who really in need rather.
6-After all it's your life then why give chance to others to rule our life.
7-The happiest people do not necessarily have the best of all.They simply appreciate what they find on their way.

Kesan2 terlibat dengan riba

1-Tidak merasa puas dengan rezeki yg diberi.
2-Banyak perbelanjaan kearah pembaziran.
3-Angan2 kearah kenikmatan hidup yg tidak ada kesudahan.
4-Merasa sakit hati dengan kejayaan orang lain.
5-Merasa senang hati dengan kegagalan orang lain.
6-Mudah berbelanja kearah jalan kemaksiatan
7-Sukar untuk menderma atau kearah kebaikan.
8-Suka mengumpul harta dan gembira menghitungnya
9-Gemar berhutang dan malas untuk mematuhi jadual pembayaran
10-Hilangnya keseluruhan keberkatan hidup.

Mutiara kata-petikan la tahazan

1-Biarkan masa depan itu datang dgn sendirinya,jangan terlalu cemas dgn hari esok.Percayalah jika anda melakukan terbaik hari ini,pastilah hari esok akan lebih baik pula.
2-Ketahuilah bahawa setelah kesulitan pasti akan datang kemudahan dan kelapangan dan lepas itu akan datang pula kesulitan selepas kelapangan.sesaorang itu tidak akan tetap selamanya sebagaimana hari-hari yg sentiasa berputar.
3-Jangan marah,sebab marah hanya akan merosakkan jiwa,mengubah budi pekerti, memburukan pergaulan, menghancurkan kasih sayang dan memutuskan tali silaturrahim.
4-Kebahgian itu terletak pada pengorbanan,kemampuan mengekang kesombongan, keinginan untuk menderma,sikap tidak mengganggu orang lain dan jauh dari sifat ego dan ingin menang sendiri.
5-Jangan berangapan bahawa anda telah diberi segalanya,tetapi berfikirlah bahawa anda telah di beri kebaikan yang banyak.Adapun harapan anda bahawa anda dapat memiliki segalanya adalah angan-angan yg terlalu jauh.

11 Ciri2 Pemimpin Umat

1-Mampu menonjolkan diri dan keluarga terdekatnya sebagai contoh dalam masyarakat setempatnya.
2-Memiliki akhlak yang mulia.
3-Tidak melakukan perkara2 yg haram dan tidak mengulangi secara berterusan perkara2 yg makruh.
4-Berpendidikan yg dapat diterima masyarakat.
5-Di lihat tidak bercita2 untuk membina kekayaan.
6-Di lihat sentiasa ikhlas dalam perjuangannya.
7-Seorang yg bertimbang rasa,tegas dan teguhpendiriannya.
8-Seorang yg bertanggung jawab atas kata2 dan tindakkannya.
9-Senang didampingi dan senang mendampingi orang2 bawahan.
10-Berani untuk mencegah kemungkaran sekalipun berhadapan dgn risiko dari pemerintah yg berkuasa.
11-Seperti semua diatas.

Jadilah orang yang paling Bahagia

1-Ikatkanlah khayalan anda kerana ianya banyak membawa kegelisahan hidup,sebaliknya
banyakkan ingatan kepada kenikmatan dan kebahgian yg anda telah lalui.
2-Insan yg cerdas ialah yg banyak memperolehi teman kerana jangkamasa memperolehi teman
yg baik biasanya setahun sedangkan untuk menjadi musuh hanya sehari.
3-Orang yg malas dan bodoh biasanya akan membuatkan orang2 disekelilingnya keletihan
dan menderita kesedihan.
4-Kebahgiaan adalah ketika jiwa telah berhasil mencapai kesempurnaan,kemenangan adalah
ketika jiwa telah buah dari amalannya dan nasib yg baik adalah ketika dunia yg dicarinya telah
mengabdikan kepadanya.
5-Jangan menganggap kecil suatu nikmat bersama kesihatan yg ada,jangan menghapuskan dosa
tanpa diiringi taubat dan jangan melakukan ketaatan tanpa diiringi keikhlasan.

sejarah lalu

Kita tidak mungkin dapat mengubah sejarah tapi kita mampu mencipta sejarah.Usah di kenang kepada kegagalan lalu kerana ianya tidak memberi apa-apa makna kepada kehidupan seterusnya.Bergeraklah kehadapan dgn penuh keyakinan,ambillah kegagalan lalu hanya sebagai panduan,jangan sekali kali mengulangkan kesilapan yg sama.Ingatlah kunci kepada kejayaan yg gemilang adalah perancangan yg teliti,penuh keadilan,ketetapan masa dan keiklasan tujuan. Kejayaan yg dicipta semula atas kegagalan dan kekesalan lalu sesungguhnya amat bermakna untuk sebuah kehidupan yg abadi.Pastinya ia adalah satu sejarah yg tertulis diatas tinta emas.

your choice

1-happiness is something we choose in advance
2-old age is like bank account,you withdraw in later life what you have deposited along the way
3-guidlines for happiness:free your heart from hate,free your mind from worry,live simple,give more and expect less

Panduan Perbelanjaan Berhemat

Perbelanjaan berhemat adalah amat diperlukan demi membentuk suatu kehidupan yg sejahtera.
Sila ambil perhatian,kehendak manusia biasanya tidak terbatas manakala sumber2 untuk membiayai kehendak adalah amat terhad.Olih itu kepuasan yg maksima adalah keupayaan sesaorang itu mengimbangkan antara kehendak dan sumber2 yg dimilikinya.
Disini diberikan beberapa tip sebagai panduan dalam kehidupan kita:
1-Rancangkan perbelanjaan bulanan dgn memberi keutamaan kpd barang2 keperluan asasi.
2-Apabila pergi membeli belah bawalah wang yg sekadar mencukupi untuk membeli barang2 yg telah di rancang tadi.
3-Jangan sekali2 membeli barang2 keperluan secara hutang lebih2 lagi yg melibatkan riba.
4-Kuatkan keupayaan untuk simpanan sekurang2nya satu perlapan dari jumlah pendapatan bulanan.
5-Azamkan untuk sedekah atau derma sekurang2nya satu minggu sama dgn satu hari perbelanjaan membeli makanan kita.Kalau bolih latihkan derma ini pada setiap hari jumaat.Derma atau sedekah ini akan menambahkan keberkatan pada pendapatan kita.
6-Kurangkan keinginan kekerapan menukar perabut rumah,kereta dan barang2 kemas.

Secara umumnya ramai yg merasakan pendapatannya tidak mencukupi.Berlakunya ini adalah disebabkan perbelanjaannya telah melebihi dari pendapatannya,akan tetapi sesaorang itu tidak merasainya lantaran ianya di imbangi dgn hutang2 samaada hutang peribadi,hutang kredit kad,
hutang kpd kawan atau keluarga ataupun menggunakan wang dari simpanannya.
Olih yg demikian itu cubalah luangkan masa menyemak semula perbelanjaan masing2 adakah ianya sentiasa melebihi pendapatannya.Jika terjadi cubalah kaji semula perbelanjaan tersebut,jika kurang perlukan perlahan2 kurangkan.

Mutiara Utara

1-Orang yg berjaya selalu melakukan apa yang orang gagal takut melakukannya.
2-Orang yg selalu menafikan apa yg ia lakukan selalunya amat gemar mengulanginya semula.
3-Hati yg bersih selalu menafikan kebaikan yg dilakukannya,manakala hati yg kotor pula selalu menafikankan keburukan yg dilakukannya.
4-Bila anda berfikir untuk berputusasa itulah permulaan kepada sebuah kegagalan.
5-Kegagalan yg sebenarnya adalah anda tidak memulakan apa2 kerana takut kpd kegagalan.
6-Kejayaan yg gemilang adalah kejayaan yg anda cipta sungguhpun ianya kali pertama dilakukan.
7-Rasuah umpama ketagihan dadah,sekali anda melakukan sukar untuk anda menghentikannya
8-Kezaliman umpama barah yg akan memakan sedikit demi sedikit ketenangan hidup anda.
9-Kejujuran umpama mutiara yg pasti bersinar sekalipun di lumpur yg gelap.
10-Umpama menebang balak dgn pisau,itulah perbandingan untuk mengembalikan sebuah kepercayaan yg hilang.