indahnya alam

Mutiara kata-petikan la tahazan

1-Biarkan masa depan itu datang dgn sendirinya,jangan terlalu cemas dgn hari esok.Percayalah jika anda melakukan terbaik hari ini,pastilah hari esok akan lebih baik pula.
2-Ketahuilah bahawa setelah kesulitan pasti akan datang kemudahan dan kelapangan dan lepas itu akan datang pula kesulitan selepas kelapangan.sesaorang itu tidak akan tetap selamanya sebagaimana hari-hari yg sentiasa berputar.
3-Jangan marah,sebab marah hanya akan merosakkan jiwa,mengubah budi pekerti, memburukan pergaulan, menghancurkan kasih sayang dan memutuskan tali silaturrahim.
4-Kebahgian itu terletak pada pengorbanan,kemampuan mengekang kesombongan, keinginan untuk menderma,sikap tidak mengganggu orang lain dan jauh dari sifat ego dan ingin menang sendiri.
5-Jangan berangapan bahawa anda telah diberi segalanya,tetapi berfikirlah bahawa anda telah di beri kebaikan yang banyak.Adapun harapan anda bahawa anda dapat memiliki segalanya adalah angan-angan yg terlalu jauh.

0 comments: