indahnya alam

Perkara2 pelik,apakah dunia melangkah ke penamatnya

Di paparkan perkara2 pelik untuk renungan, yg baik jadi tauladan; yg tak baik jangan jadi ikutan
1-Siasatan rasuah RM 2,400 berlanjutan selama 10 jam tanpa henti berakhir dgn kematian yg masih menjadi misteri; Siasatan kes rasuah RM 10 juta hanya ambil masa 3 jam,yg dituduh datang dgn peguam.
2-Tunjuk perasaan yg hanya 50 orang ,polis bimbang untuk membuat tangkapan untuk mengelak rusuhan berlaku; tunjuk perasaan 10,000 orang polis tidak bimbang untuk membuat tangkapan malah mereka sudah bersedia untuk bertempur dgn penunjuk perasaan.
3. Perusuh yg memaki hamun menteri besar dan wakil rakyat di beri publisiti besar2an, Wakil rakyat dan MB yg sabar dgn kerenah perusuh langsung tidak di hiraukan.
4.Kuil Hindu yg ujud di kawasan org melayu section 19 sudah lebih 20 tahun tidak pernah di hiraukan; bila nak di pindahkan jauh dari org melayu,org2 melayu pula yg membantah
5-Pegawai polis yg menggunakan helikopter masa cuti di dakwa di mahkahmah kerana rasuah; Menteri guna jet syarikat berkali2 tanpa membayar satu sen tak siapa peduli,TPM guna heli kerajaan untuk rasmi mesyuarat parti terlepas bagitu saja.
6-Menteri KPI di lantik dan akan melapurkan diri kepada Menteri KPI; di lain2 jabatan kerajaan dan swasta KPI dikendalikan olih pegawai bawahan saja,hanya perlu beli software yg berlambak di pasaran.
8-Tanah dan hasil bumi di monopoli olih mereka, bayar bonus hanya RM 350 heboh satu dunia; pegawai kerajaan yg dok curi tulang pun dapat bonus beribu ringgit senyap sepi.
9-Insan yg warak dan alim di aibkan saban hari; insan yg pecah amanah dan menganiayai insan lain di muliakan olih pemimpin negara,pecah amanah hanya salah macam tak bayar parking kereta saja.

Malaysia bolih,hari ini datang untuk bela diri kerana di fitnah olih rakan,hari esok bela rakan dan mengaku sama2 pecah amanah.
Mari lah sama2 berfikir,sesungguh nya Allah amat menyukai golongan2 yg kuat berfikir.
Wallahualam.

Petikan buku' Rogue Nation-Why America is the most dangerous State on earth.

Di sinaraikan sebahagian kecil apa yg sebenarnya berlaku di Amerika yg menyebabkan penulis Vernon Coleman menyifatkan USA adalah negara yg paling merbahaya di atas muka bumi sekarang ini:
1-Kebanyakkan penduduk USA amat buta sejarah dan pengetahuan am.Mereka hidup dgn anggapan USA adalah negara terbaik.Mereka suka bergaul dgn amaricans dan jika keluar negeri mereka akan memilih hotel2 milik amerika.Mereka mempunyai pengetahuan yg amat sedikit mengenai negara2 di luar Amereka.
2-Rakyat USA berbelanja hampir Dollar 110 Billion untuk makanan segera.Hampir 200,000 rakyat USA pada setiap hari termakan racun dari bahan tercemar dari makanan segera.
3-Rakyat USA adalah yg tertinggi di dunia mengalami penyakit 'obessiti'(penyakit kegemukan).
4-60 juta rakyat USA hidup di bawah paras kemiskinan dan 45 juta rakyatnya adalah pekerja sementara yg tidak menjamin masa depan.
5-Kebanyakan rakyat USA tidak mempunyai simpanan masa depan.Purata rakyatnya bekerja adalah selama 50 tahun namun purata simpanan selama 50 tahun bekerja adalah sebanyak dollar 1400.00 sahaja.
6-Hampir 2 juta kanak di USA mempunyai keluarga yg ada di penjara dan hampir 5 juta penduduknya pernah mempunyai keluarga terdekat yg mempunyai rekod penjara.
7-Pada setiap tahun hampir 1 juta rakyatnya telah di istiharkan bangkerap olih mahkamah.Ini adalah statistik yg tertinggi di dunia bagi negara yg mengaku negara kaya.
8-Kebanyakan syarikat multinasional Amerika menggunaka buruh kanak2 untuk mengurangkan kos upah dan mengaut keuntungan berganda.
9-Kebanyakan rakyat USA amat marah jika rakyatnya yg tidak bersalah terbunuh tetapi tidak mempunyai apa2 persaan jika yg terbunuh itu bukan rakyat USA.
10-Dewan senat USA mengundi menolak rang undang2 mencegah penjualan,penyewaan dan pembikinan filem keganasan terhadap kanak2 kerana berpendapat syarikat2 filem akan mengalami kerugian.
Petikan diatas adalah sebahagian dari 570 sebab mengapa USA dapat di klaskan sebagai negara yg amat berbahaya di muka bumi ini.

Senikata lagu untuk kelas tadika,pasti & taski

Jam tujuh aku melangkah menuju kesekolah, (baris A)
hati ku rasa bahgia menambah ilmu di dada, (baris B)

aku suka membaca,
akan ku baca semua cerita,
yang elok jadi ikutan,
yang tak elok jadi sempadan,

Ulang baris A dan baris B,

aku suka menulis,
akan ku tulis semua berita,
yang elok jadi tauladan,
yang tak elok kita tinggalkan,

Ulang baris A dan baris B,

aku suka mengira,
akan ku kira berbilang angka,
tak terhitung ciptaan Allah,
tapi Allah tuhan yang Esa,

Ulang baris A dan baris B,

aku suka melukis,
akan ku lukis alam semesta,
ku warnakan semua benda,
sungguh indah ciptaan Allah.

Lagu ini pernah di nasyidkan di sebuah sekolah rendah islam di Sungai Petani,Kedah.
Sungguh indah kata2 lirinya.Muga Allah memberi kerahmatan kepada penciptanya.

NASIHAT DARI ULAMA'

Di sini diturunkan beberapa nasihat dari ulamak2 terdahulu sebagai panduan kepada kita semua.Muga2 ianya dapat menjadi panduan kepada kita untuk memuhasabah diri kita sendiri; yg elok jadi ikutan yg tak elok baik di elakkan.
1-Jangan banyak berbual kosong yg tidak berfaedah.
2-Jangan banyak ketawa.
3-Jangan suka membuat lawak jenaka yg berlebihan.
4-Jangan banyak bergurau senda.
5-Jangan bercakap dengan suara yg nyaring.
6-Jangan suka bercakap mendedahkan keaibpan orang lain.
7-Jangan suka bercakap bohong dan mereka reka cerita agar sedap di dengar.
8-Jangan bercakap perkara yg kamu kurang yakin dan kurang faham.
9-Jangan sekali2 membuat fitnah.
10-Jangan bercakap dengan penuh ego dan kesombongan.
11-Jangan suka berdebat di khalayak ramai.
12-Jangan bertanya soalan kepada mereka yg mengajar dengan niat untuk merendahkan ilmunya.
13-Jangan menegur guru yg mengajar dgn bahasa yg kasar dan menghinanya.

Merebut faedah dari krisis kegawatan ekonomi

Kegawatan ekonomi yg melanda dunia umumnya dan Malaysia khasnya pastilah membawa bersamanya seribu kepahitan dan penderitaan kepada sebahagian dari penduduk di dunia ini. Pada mereka yg pertama kali terjebak ke dalam krisis ini tentulah sukar mencari jalan keluar.
Namun disebalik kepahitan ini,terdapat faedah2 yg tersembunyi, yang jika di mengfaatkan akan memberi beberapa kebaikan di masa2 akan datang. Antaranya:
1-Betapa pentingnya mempunyai tabungan pendapatan untuk kegunaan di kala kecemasan kehilangan punca pendapatan.Tabungan ini mesti lah dalam bentuk tunai atau harta mudah cair spt emas.Pakar ekonomi dan pakar saikologi bersetuju minimum untuk seorang pekerja menyimpan untuk menghadapi kemungkinan kehilangan pekerjaan adalah 6 bulan gaji kasar. Contohnya jika seorang memperolehi gaji kasar bulanan RM 2000.00,beliau harus menyimpan sebanyak RM 12,000.00 manakala jika isterinya bergaji sebanyak RM 1,000.00 maka simpanannya sebanyak RM 6000.00.Ini kerana kesan saikologi yg hebat akan dihadapi olih pekerja yg hilang perkerjaan adalah untuk 6 bulan pertama.Dalam tempoh masa ini beliau tidak dapat berfikir bagaimana untuk memulakan penghidupan baru.Selepas 6 bulan bagi manusia yg normal beliau pasti akan menerima kenyataan dan dapat berusha untuk meneruskan kehidupan.
2-Bagi mereka yg mempunyai kelebihan pendapatan,inilah masa untuk memaksimakan keuntungan wang simpanan.Bank Negara telah memotong kadar pinjaman bank ketahap yg paling minima sekarang ini.Kesan langsungnya faedah simpanan dimasa akan datang akan turut jatuh.Tujuan Bank Negara adalah untuk menggalak rakyat melabur daripada terus menyimpan dalam akaun simpanan bank.Antara pelaburan yg di cadangkan adalah membeli saham2 dipasaran bursa malaysia.Saham mewah spt TNB,TELECOM,TABUNG HAJI PLANTATION,SIME DARBY dan lain sektor yg teguh telah mengalami kejatuhan antara 30 - 60%.Inilah masa untuk membeli dan menyimpan nya.Saham2 mewah ini bukan saja menjanjikan kenaikan harga yg stabil bila kegawatan ekonomi ini berakhir tapi juga merupakan antara sektor2 perniagaan yg tidak pernah gagal membayar diveden kepada pemegang sahamnya.Di samping itu saham2 amanah juga telah mengalami kejatuhan yg hampir maksimum.Keadaan pasaran saham dan keadaan ekonomi negara adalah saling berkaitan rapat.Bila ekonomi pulih pasaran sahamlah antara sektor yg paling cepat berkembang bagitulah sebaliknya.Bagaimanapun bagi mereka yg berkemampuan ini adalah digalakkan mendapat nasihat dari pakar untuk memulakannya.
2-Bagi mereka yg bercita2 untuk menceburi bidang perniagaan, inilah masanya untuk memulakan perniagaan secara kecil2an.Tujuannya bukanlah untuk pendapatan sampingan semata2 tapi adalah langkah permulaan untuk perniagaan.Ramai yg ingin menceburi bidang ini tapi malu untuk memulakannya.Atas alasan kegawatan ekonomi perasaan malu tentu dapat di buang lagi pula masyarakat akan lebih sedia menerima lantaran kesan kegawatan ini.Punca utama ramai orang tidak memulakan perniagaan adalah malu.Hindarkan malu mulakannya,insyaalah bila kegawatan berakhir kita telah memperolehi suatu yg paling istemewa dalam perniagaan iaitu pengalaman dan pelanggan tetap.
3-Kegawatan ekonomi juga adalah alasan terbaik bagi mereka untuk memulakan suatu yg baru dalam kehidupan.Berubah kepada sesuatu yg positif dalam kehidupan.Dari menghabiskan masa berbual kosong di kedai kopi kemajlis 2 ilmu di masjid dan surau.Dari mengunjungi tempat perlancongan mewah kepada mengunjungi ibubapa,saudara dan keluarga2 terdekat.Merapatkan silatulrahim.Masa untuk menginsaf diri dgn mengambil iktibar dari rakan2 karib dan saudara2 terdekat yg telah hilang pekerjaan.Mungkin suatu hari kita juga tidak terkecuali.
4-Bagi mereka yg membeli harta spt rumah dan kereta secara riba, inilah masanya untuk membiayainya semula secara islam.Dgn kadar keuntungan yg paling rendah inilah masanya untuk mengunci(lock) untuk jangka masa panjang.Halal dan menguntungkan.Bagi yg sudah mempunyai pembiayaan islamic bolihlah menyemak semula mungkin dahulunya kita 'lock' kadar keuntungan yg agak tinggi,inilah masanya untuk membiayai semula.Dlm kontek ini rasanya pembiayaan islamic antara 8 tahun keatas(sejak 1996 dan kebawah) adalah dicadangkan disemak semula.
5-Antara pengajaran yg dapat diambil dari kegawatan ekonomi ini adalah dgn memerhatikan sektor yg kebal dari kegawatan spt sektor kerajaan,industri makanan utama,barang2 keperluan pengguna,emas, pakaian2 biasa dll.Jadi jika untuk memulakan perniagaan atau menasihati keluarga untuk mendapatkan pekerjaan utamakan sektor2 ini.Jika bolih elakkan sektor yg berisiko tinggi spt barang2 mewah dll.

Muga2 dgn sedikit info ini dapat membantu masyarakat lebih memahami erti kegawatan ekonomi ini.Apapun ini adalah ujian dari Allah.Pada yg selamat banyakkan kesyukuran dan pada saudara2 kita yg telah hilang pendapatan banyakkan kesabaran.

Krisis Keewangan Global;Apa yang rakyat perlu tahu

Ramai pakar ekonomi bersetuju bahawa putaran kegawatan ekonomi akan melanda dunia pada setiap 10 tahun.Sehingga kini belum ada kajian yg bersungguh2 mengapa ianya menyerang dunia pada setiap 10 tahun.Bagaimanapun sebagai rakyat kita harus mengambil ikhtibar dan bersedia untuk menghadapinya.Kegawatan ekonomi umpama putaran kehidupan manusia, kerana selepas sahaja kegawatan kita akan melihat bagaimana empayar perniagaan yg besar telah runtuh dan timbul pula empayar2 baru.
Pada krisis ekonomi 1997 kita melihat perbalahan antara Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim, jatuhnya Tan Sri Tajudin Ramli dgn Syarikat MAS, Tan Sri Halim Saad dgn Syarikat Renung, Datuk Teng Pek Kim dgn projek Bakun,Mirzan Mahathir dgn Syarikat perkapalan MISC dll. Kemudian timbul pula selepas itu Tony Fernadez dgn Air Asia,Nazir Tun Razak dgn CIMB, Syed Mokthar dgn berbagai rangkaian perniagaan dll.

Untuk rekod krisis ekonomi pada tahun 1987 dikaitkan dgn kemerosotan nilai hartanah, krisis ekonomi 1997 disebabkan spekulasi yg berlebihan dalam perdagangan nilai matawang dan krisis ekonomi 2008 dikaitkan dgn krisis keewangan global.
Apakah yg dimaksudkan dgn krisis keewangan global?
--------------------------------------------------------
Ianya dikaitkan dgn keruntuhan bank2 dan syarikat pelaburan yg terkemuka dunia terutama yg telah hampir 100 tahun bertapak kukuh di Eropah dan USA.Mulanya kaitkan dgn sub-prime.
Secara mudah sub prime dapat diterangkan spt berikut:
Sebuah bank memberi pinjaman perumahan kepada pelanggan.Kadar riba adalah 12%(contoh),
Kemudian bank tersebut akan mencagar pula rumah tersebut kpd syarikat pelaburan A dgn kadar riba 10%.Syarikat pelaburan A akan mencagar pula rumah tersebut kepada syarikat pelaburan B dgn kadar 12% bagitulah seterusnya.
Dalam contoh ini sebuah rumah yg nilainya hanya RM 500,000 mungkin telah meningkat kepada RM 1,500,000 dan ianya akan terus meningkat jika banyak syarikat pelaburan meningkat.Olih kerana USA merupakan pusat keewangan antarabangsa maka ramai syarikat pelaburan dari seluruh dunia datang melabur.Krisis bermula bila nilai harta perumahan jatuh menjunam.Ramai peminjam gagal membayar hutang.Bank menghadapi masaalah kutipan hutang,maka ianya mula mengjangkiti sektor2 keewangan lain spt syarikat kereta dan syarikat eksport import,bila ini berlaku ramai hilang pekerjaan,perbelanjaan harian merosot,kedai2 tidak dapat menjual barang2,industri kecil2an akan mula terasa kesanya.Yg masih ada pekerjaan akan mula mengurangkan berbelanjaan,ekonomi negara akan mula mengujup,akhirnya semua rakyat akan merasa kesannya.
Sebagai Rakyat Apa yg perlu kita tahu sekarang ini
------------------------------------------------------
1-Banyak eksport barang2 keluaran kita adalah kepasaran USA.Krisis yg melanda USA sekarang ini menyebabkan banyak barang2 kilang kita tidak ada pembeli.Kilang terpaksa ditutup.Hampir 200,000 pekerja akan hilang pekerjaan.Kesannya kuasa beli pasaran akan jatuh,banyak rumah dankereta akan dilelong,bank akan mengetatkan syarat pinjaman, atas desakan akan banyak jenayah rompakan ,kecurian dan penipuan.
2-Bila banyak perushaan kilang dan industri ditutup didunia ini permintaan terhadap minyak akan jatuh.Secara automatik pendapatan negara akan merosot.Bila ini berlaku kerajaan akan kekurangan wang untuk berbelanja kemudahan awam.Jalan2 akan lambat diperbaiki dan industri kontraktor akan terjejas.Maka banyak perniagaan yg berkaitan dgn nya akan runtuh.
3-Bila ramai kehilangan perkerjaan dan kilang2 terpaksa ditutup ,kutipan cukai dan zakat akan merosot.Bantuan kepada yg susah terpaksa dikurangkan manakala golongan yg susah akan bertambah.
4-Rakyat yg mempunyai wang lebih suka menyimpan.Akibatnya tidak ada aktiviti2 ekonomi baru untuk membolihkan orang ramai mendapat pekerjaan.Contohnnya jika A ada RM 20000.00 beliau membuka restoran mungkin 4 orang pekerja telah ada pendapatan.Tapi A memilih untuk menyimpan wangnya maka aktiviti ekonomi akan jadi kosong.
Apa perlu kita lakukan untuk diri sendiri
-------------------------------------------
1-Jika kita pekerja kilang,sektor pembinaan atau berkaitan dgnnya, buat persiapan mental dan fizikal untuk menghadapinya.Jaga simpanan wang dan jangan membuat apa2 pembelian selain dari keperluan hidup.
2-Kepada penghuni2 taman perumahan mula mengukuhkan ciri2 keselamatan rumah dan lebih berhati2 tentang rompakan dan kecurian.
3-Kepada pekerja sektor keewangan atau GLc mula membuat persiapan tentang kemungkinan
sekim perbehentiaan/persaraan awal
4-Kepada yg masih mempunyai pekerjaan,kerjalah dgn ikhlas dan jujur.Majikan akan lebih mudah membuang pekerja pada masa kini

Wallahualam

Negara impianku

Seluruh rakyat malaysia impikan sebuah negara yg dapat memenuhi ciri2 berikut:
1-Sistem pendidikan
Satu sistem pendidikan yg dapat melatih kefahaman agama,akhlak dan ilmu pengetahuan yg seimbang.Jika ia islam,pelajar tersebut mampu menjadi profesional di samping tinggi akhlaknya dan mampu membaca khutbah di mimbar jumaat.Jika ia budha ia mampu menjadi sami dan mampu menjadi profesional.Sistem pendidikan yg menumpu kpd hanya banyak score A harus dihapuskan.Ukuran kejayaan pelajar nanti adalah juga A kpd bacaan quran,sembahyang,menutup aurat dan akhlak seharian.
2-Sistem pemerintahan yg adil.
Malaysia mempunyai pemimpin yg mempunyai akhlak yg mulia,tidak dilihat mengumpulkan kekayaan peribadi.Sistem pemerintahan yg memastikan agihan kekayaan negara yg adil.Yang miskin dibantu untuk keluar dari kemiskinan,yang kaya membayar cukai atau zakat dgn ikhlas. Kemudahan awam spt letrik,api,gas,jalan raya ,university dll tidak di swastakan.Kerajaan wajib mengambil tanggungjawap ini demi memastikan ianya tidak menjadi industri yg mementingkan keuntungan.Kerajaan wajib mengambil tanggungjawap membantu rakyat kerana pemimpin yg dilantik hanya pemegang amanah bagi mentadbir kekayaan negara.
3-Pembangunan yg seimbang
Kerajaan wajib melaksanakan pembangunan yg seimbang.Bagi pembangunan fizikal spt jalan raya dan lain2 kemudahan awam ianya haruslah seimbang antara negeri,antara wilayah,antara bandar dan antara desa.Jika jalan2 di selangor bagitu lebar maka jalan2 dinegeri2 lain pun seharusnya demekian.Jika pembangunan di putrajaya berbillion ringgit seharusnya bandar2 kecil diseluruh negara dinaikkan taraf.Setelah 50 tahun merdeka seharusnya jalan utama dikampung2 telah lama di tar,penggunaan perahu untuk menyeberang sungai diganti dgn jambatan,penutupan jalanraya untuk laluan keretapi telah lama diganti dgn jejantas.Jalan raya harus dilebarkan untuk mengelak kemalangan maut.Pembangunan fizikal juga harus seimbang dgn pembangunan insaniah.peruntukan yg seimbang untuk melatih rakyat menjadi insan yg mulia.TV dan Radio harus program yg mendidik dan bermaklumat.minimakan siaran2 hiburan yg melalaikan.TV dan Radio tidak wajar digunakan untuk melaris product2 yg belum tentu halal haramnya.Minimakan pendapatan dari iklan kerana akhirnya TV dan radio seolah2 dimiliki olih pengiklan.
3-Sistem perundangan yg adil
Umat islam wajib di biarkan mengamalkan perundangan dari Al Quran. Allah telah memberitahu manusia hanya bolih menghukum tapi tidak mampu mencegahnya.Jika dilaksanakan undang2 Allah sudah pasti Allah lah yg akan mencegahnya,amat mudah bagi Allah hanya dgn mencampakkan ketakutan dihati penjenayah untuk melakukan.Contoh hukum potong tanya bagi perompak dan penyamun;walaupun belum dilaksanakan masyarakat sentiasa membincangnya hinggakan yg kurang ilmu menganggapnya zalim;bagitulah takutnya manusia kpd hukum tersebut walaupun ia bukannya perompak tak perlu dibimbangi.
manakala undang2 ciptaan manusia pula tidak akan sekali2 adil kepada semua manusia.Ada yg adil kpd satu golongan tapi zalim kpd golongan lain.contoh ISA kerajaan kata adil untuk mencegah kpd keganasan,pembangkang kata zalim kerana mereka yg ditahan tidak dapat pembelaan yg adil kebanyakan tuduhan2 palsu.

Inilah sebahagian dari impian rakyat malaysia hari ini.Marilah kita berdoa dan berharap muga2 impian ini berjaya kita capai.Ambillah peranan masing2 dan berusaha kearahnya.
Amiiin.