indahnya alam

Merebut faedah dari krisis kegawatan ekonomi

Kegawatan ekonomi yg melanda dunia umumnya dan Malaysia khasnya pastilah membawa bersamanya seribu kepahitan dan penderitaan kepada sebahagian dari penduduk di dunia ini. Pada mereka yg pertama kali terjebak ke dalam krisis ini tentulah sukar mencari jalan keluar.
Namun disebalik kepahitan ini,terdapat faedah2 yg tersembunyi, yang jika di mengfaatkan akan memberi beberapa kebaikan di masa2 akan datang. Antaranya:
1-Betapa pentingnya mempunyai tabungan pendapatan untuk kegunaan di kala kecemasan kehilangan punca pendapatan.Tabungan ini mesti lah dalam bentuk tunai atau harta mudah cair spt emas.Pakar ekonomi dan pakar saikologi bersetuju minimum untuk seorang pekerja menyimpan untuk menghadapi kemungkinan kehilangan pekerjaan adalah 6 bulan gaji kasar. Contohnya jika seorang memperolehi gaji kasar bulanan RM 2000.00,beliau harus menyimpan sebanyak RM 12,000.00 manakala jika isterinya bergaji sebanyak RM 1,000.00 maka simpanannya sebanyak RM 6000.00.Ini kerana kesan saikologi yg hebat akan dihadapi olih pekerja yg hilang perkerjaan adalah untuk 6 bulan pertama.Dalam tempoh masa ini beliau tidak dapat berfikir bagaimana untuk memulakan penghidupan baru.Selepas 6 bulan bagi manusia yg normal beliau pasti akan menerima kenyataan dan dapat berusha untuk meneruskan kehidupan.
2-Bagi mereka yg mempunyai kelebihan pendapatan,inilah masa untuk memaksimakan keuntungan wang simpanan.Bank Negara telah memotong kadar pinjaman bank ketahap yg paling minima sekarang ini.Kesan langsungnya faedah simpanan dimasa akan datang akan turut jatuh.Tujuan Bank Negara adalah untuk menggalak rakyat melabur daripada terus menyimpan dalam akaun simpanan bank.Antara pelaburan yg di cadangkan adalah membeli saham2 dipasaran bursa malaysia.Saham mewah spt TNB,TELECOM,TABUNG HAJI PLANTATION,SIME DARBY dan lain sektor yg teguh telah mengalami kejatuhan antara 30 - 60%.Inilah masa untuk membeli dan menyimpan nya.Saham2 mewah ini bukan saja menjanjikan kenaikan harga yg stabil bila kegawatan ekonomi ini berakhir tapi juga merupakan antara sektor2 perniagaan yg tidak pernah gagal membayar diveden kepada pemegang sahamnya.Di samping itu saham2 amanah juga telah mengalami kejatuhan yg hampir maksimum.Keadaan pasaran saham dan keadaan ekonomi negara adalah saling berkaitan rapat.Bila ekonomi pulih pasaran sahamlah antara sektor yg paling cepat berkembang bagitulah sebaliknya.Bagaimanapun bagi mereka yg berkemampuan ini adalah digalakkan mendapat nasihat dari pakar untuk memulakannya.
2-Bagi mereka yg bercita2 untuk menceburi bidang perniagaan, inilah masanya untuk memulakan perniagaan secara kecil2an.Tujuannya bukanlah untuk pendapatan sampingan semata2 tapi adalah langkah permulaan untuk perniagaan.Ramai yg ingin menceburi bidang ini tapi malu untuk memulakannya.Atas alasan kegawatan ekonomi perasaan malu tentu dapat di buang lagi pula masyarakat akan lebih sedia menerima lantaran kesan kegawatan ini.Punca utama ramai orang tidak memulakan perniagaan adalah malu.Hindarkan malu mulakannya,insyaalah bila kegawatan berakhir kita telah memperolehi suatu yg paling istemewa dalam perniagaan iaitu pengalaman dan pelanggan tetap.
3-Kegawatan ekonomi juga adalah alasan terbaik bagi mereka untuk memulakan suatu yg baru dalam kehidupan.Berubah kepada sesuatu yg positif dalam kehidupan.Dari menghabiskan masa berbual kosong di kedai kopi kemajlis 2 ilmu di masjid dan surau.Dari mengunjungi tempat perlancongan mewah kepada mengunjungi ibubapa,saudara dan keluarga2 terdekat.Merapatkan silatulrahim.Masa untuk menginsaf diri dgn mengambil iktibar dari rakan2 karib dan saudara2 terdekat yg telah hilang pekerjaan.Mungkin suatu hari kita juga tidak terkecuali.
4-Bagi mereka yg membeli harta spt rumah dan kereta secara riba, inilah masanya untuk membiayainya semula secara islam.Dgn kadar keuntungan yg paling rendah inilah masanya untuk mengunci(lock) untuk jangka masa panjang.Halal dan menguntungkan.Bagi yg sudah mempunyai pembiayaan islamic bolihlah menyemak semula mungkin dahulunya kita 'lock' kadar keuntungan yg agak tinggi,inilah masanya untuk membiayai semula.Dlm kontek ini rasanya pembiayaan islamic antara 8 tahun keatas(sejak 1996 dan kebawah) adalah dicadangkan disemak semula.
5-Antara pengajaran yg dapat diambil dari kegawatan ekonomi ini adalah dgn memerhatikan sektor yg kebal dari kegawatan spt sektor kerajaan,industri makanan utama,barang2 keperluan pengguna,emas, pakaian2 biasa dll.Jadi jika untuk memulakan perniagaan atau menasihati keluarga untuk mendapatkan pekerjaan utamakan sektor2 ini.Jika bolih elakkan sektor yg berisiko tinggi spt barang2 mewah dll.

Muga2 dgn sedikit info ini dapat membantu masyarakat lebih memahami erti kegawatan ekonomi ini.Apapun ini adalah ujian dari Allah.Pada yg selamat banyakkan kesyukuran dan pada saudara2 kita yg telah hilang pendapatan banyakkan kesabaran.

0 comments: