indahnya alam

Krisis Keewangan Global;Apa yang rakyat perlu tahu

Ramai pakar ekonomi bersetuju bahawa putaran kegawatan ekonomi akan melanda dunia pada setiap 10 tahun.Sehingga kini belum ada kajian yg bersungguh2 mengapa ianya menyerang dunia pada setiap 10 tahun.Bagaimanapun sebagai rakyat kita harus mengambil ikhtibar dan bersedia untuk menghadapinya.Kegawatan ekonomi umpama putaran kehidupan manusia, kerana selepas sahaja kegawatan kita akan melihat bagaimana empayar perniagaan yg besar telah runtuh dan timbul pula empayar2 baru.
Pada krisis ekonomi 1997 kita melihat perbalahan antara Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim, jatuhnya Tan Sri Tajudin Ramli dgn Syarikat MAS, Tan Sri Halim Saad dgn Syarikat Renung, Datuk Teng Pek Kim dgn projek Bakun,Mirzan Mahathir dgn Syarikat perkapalan MISC dll. Kemudian timbul pula selepas itu Tony Fernadez dgn Air Asia,Nazir Tun Razak dgn CIMB, Syed Mokthar dgn berbagai rangkaian perniagaan dll.

Untuk rekod krisis ekonomi pada tahun 1987 dikaitkan dgn kemerosotan nilai hartanah, krisis ekonomi 1997 disebabkan spekulasi yg berlebihan dalam perdagangan nilai matawang dan krisis ekonomi 2008 dikaitkan dgn krisis keewangan global.
Apakah yg dimaksudkan dgn krisis keewangan global?
--------------------------------------------------------
Ianya dikaitkan dgn keruntuhan bank2 dan syarikat pelaburan yg terkemuka dunia terutama yg telah hampir 100 tahun bertapak kukuh di Eropah dan USA.Mulanya kaitkan dgn sub-prime.
Secara mudah sub prime dapat diterangkan spt berikut:
Sebuah bank memberi pinjaman perumahan kepada pelanggan.Kadar riba adalah 12%(contoh),
Kemudian bank tersebut akan mencagar pula rumah tersebut kpd syarikat pelaburan A dgn kadar riba 10%.Syarikat pelaburan A akan mencagar pula rumah tersebut kepada syarikat pelaburan B dgn kadar 12% bagitulah seterusnya.
Dalam contoh ini sebuah rumah yg nilainya hanya RM 500,000 mungkin telah meningkat kepada RM 1,500,000 dan ianya akan terus meningkat jika banyak syarikat pelaburan meningkat.Olih kerana USA merupakan pusat keewangan antarabangsa maka ramai syarikat pelaburan dari seluruh dunia datang melabur.Krisis bermula bila nilai harta perumahan jatuh menjunam.Ramai peminjam gagal membayar hutang.Bank menghadapi masaalah kutipan hutang,maka ianya mula mengjangkiti sektor2 keewangan lain spt syarikat kereta dan syarikat eksport import,bila ini berlaku ramai hilang pekerjaan,perbelanjaan harian merosot,kedai2 tidak dapat menjual barang2,industri kecil2an akan mula terasa kesanya.Yg masih ada pekerjaan akan mula mengurangkan berbelanjaan,ekonomi negara akan mula mengujup,akhirnya semua rakyat akan merasa kesannya.
Sebagai Rakyat Apa yg perlu kita tahu sekarang ini
------------------------------------------------------
1-Banyak eksport barang2 keluaran kita adalah kepasaran USA.Krisis yg melanda USA sekarang ini menyebabkan banyak barang2 kilang kita tidak ada pembeli.Kilang terpaksa ditutup.Hampir 200,000 pekerja akan hilang pekerjaan.Kesannya kuasa beli pasaran akan jatuh,banyak rumah dankereta akan dilelong,bank akan mengetatkan syarat pinjaman, atas desakan akan banyak jenayah rompakan ,kecurian dan penipuan.
2-Bila banyak perushaan kilang dan industri ditutup didunia ini permintaan terhadap minyak akan jatuh.Secara automatik pendapatan negara akan merosot.Bila ini berlaku kerajaan akan kekurangan wang untuk berbelanja kemudahan awam.Jalan2 akan lambat diperbaiki dan industri kontraktor akan terjejas.Maka banyak perniagaan yg berkaitan dgn nya akan runtuh.
3-Bila ramai kehilangan perkerjaan dan kilang2 terpaksa ditutup ,kutipan cukai dan zakat akan merosot.Bantuan kepada yg susah terpaksa dikurangkan manakala golongan yg susah akan bertambah.
4-Rakyat yg mempunyai wang lebih suka menyimpan.Akibatnya tidak ada aktiviti2 ekonomi baru untuk membolihkan orang ramai mendapat pekerjaan.Contohnnya jika A ada RM 20000.00 beliau membuka restoran mungkin 4 orang pekerja telah ada pendapatan.Tapi A memilih untuk menyimpan wangnya maka aktiviti ekonomi akan jadi kosong.
Apa perlu kita lakukan untuk diri sendiri
-------------------------------------------
1-Jika kita pekerja kilang,sektor pembinaan atau berkaitan dgnnya, buat persiapan mental dan fizikal untuk menghadapinya.Jaga simpanan wang dan jangan membuat apa2 pembelian selain dari keperluan hidup.
2-Kepada penghuni2 taman perumahan mula mengukuhkan ciri2 keselamatan rumah dan lebih berhati2 tentang rompakan dan kecurian.
3-Kepada pekerja sektor keewangan atau GLc mula membuat persiapan tentang kemungkinan
sekim perbehentiaan/persaraan awal
4-Kepada yg masih mempunyai pekerjaan,kerjalah dgn ikhlas dan jujur.Majikan akan lebih mudah membuang pekerja pada masa kini

Wallahualam

0 comments: