indahnya alam

Negara impianku

Seluruh rakyat malaysia impikan sebuah negara yg dapat memenuhi ciri2 berikut:
1-Sistem pendidikan
Satu sistem pendidikan yg dapat melatih kefahaman agama,akhlak dan ilmu pengetahuan yg seimbang.Jika ia islam,pelajar tersebut mampu menjadi profesional di samping tinggi akhlaknya dan mampu membaca khutbah di mimbar jumaat.Jika ia budha ia mampu menjadi sami dan mampu menjadi profesional.Sistem pendidikan yg menumpu kpd hanya banyak score A harus dihapuskan.Ukuran kejayaan pelajar nanti adalah juga A kpd bacaan quran,sembahyang,menutup aurat dan akhlak seharian.
2-Sistem pemerintahan yg adil.
Malaysia mempunyai pemimpin yg mempunyai akhlak yg mulia,tidak dilihat mengumpulkan kekayaan peribadi.Sistem pemerintahan yg memastikan agihan kekayaan negara yg adil.Yang miskin dibantu untuk keluar dari kemiskinan,yang kaya membayar cukai atau zakat dgn ikhlas. Kemudahan awam spt letrik,api,gas,jalan raya ,university dll tidak di swastakan.Kerajaan wajib mengambil tanggungjawap ini demi memastikan ianya tidak menjadi industri yg mementingkan keuntungan.Kerajaan wajib mengambil tanggungjawap membantu rakyat kerana pemimpin yg dilantik hanya pemegang amanah bagi mentadbir kekayaan negara.
3-Pembangunan yg seimbang
Kerajaan wajib melaksanakan pembangunan yg seimbang.Bagi pembangunan fizikal spt jalan raya dan lain2 kemudahan awam ianya haruslah seimbang antara negeri,antara wilayah,antara bandar dan antara desa.Jika jalan2 di selangor bagitu lebar maka jalan2 dinegeri2 lain pun seharusnya demekian.Jika pembangunan di putrajaya berbillion ringgit seharusnya bandar2 kecil diseluruh negara dinaikkan taraf.Setelah 50 tahun merdeka seharusnya jalan utama dikampung2 telah lama di tar,penggunaan perahu untuk menyeberang sungai diganti dgn jambatan,penutupan jalanraya untuk laluan keretapi telah lama diganti dgn jejantas.Jalan raya harus dilebarkan untuk mengelak kemalangan maut.Pembangunan fizikal juga harus seimbang dgn pembangunan insaniah.peruntukan yg seimbang untuk melatih rakyat menjadi insan yg mulia.TV dan Radio harus program yg mendidik dan bermaklumat.minimakan siaran2 hiburan yg melalaikan.TV dan Radio tidak wajar digunakan untuk melaris product2 yg belum tentu halal haramnya.Minimakan pendapatan dari iklan kerana akhirnya TV dan radio seolah2 dimiliki olih pengiklan.
3-Sistem perundangan yg adil
Umat islam wajib di biarkan mengamalkan perundangan dari Al Quran. Allah telah memberitahu manusia hanya bolih menghukum tapi tidak mampu mencegahnya.Jika dilaksanakan undang2 Allah sudah pasti Allah lah yg akan mencegahnya,amat mudah bagi Allah hanya dgn mencampakkan ketakutan dihati penjenayah untuk melakukan.Contoh hukum potong tanya bagi perompak dan penyamun;walaupun belum dilaksanakan masyarakat sentiasa membincangnya hinggakan yg kurang ilmu menganggapnya zalim;bagitulah takutnya manusia kpd hukum tersebut walaupun ia bukannya perompak tak perlu dibimbangi.
manakala undang2 ciptaan manusia pula tidak akan sekali2 adil kepada semua manusia.Ada yg adil kpd satu golongan tapi zalim kpd golongan lain.contoh ISA kerajaan kata adil untuk mencegah kpd keganasan,pembangkang kata zalim kerana mereka yg ditahan tidak dapat pembelaan yg adil kebanyakan tuduhan2 palsu.

Inilah sebahagian dari impian rakyat malaysia hari ini.Marilah kita berdoa dan berharap muga2 impian ini berjaya kita capai.Ambillah peranan masing2 dan berusaha kearahnya.
Amiiin.

0 comments: