indahnya alam

MENGAPA MELAYU LEMAH

Pada amnya setiap bangsa dikenali dgn kekuatan atau kelebihan yg di milikinya.Kekuatan bangsa jepun,korea dan cina adalah kerana sifat rajin dan tidak mudah berputus asa.Kekuatan bangsa india dan africa adalah kerana kekuatan fizikal semulajadi mereka.Apakah kelebihan yg di miliki olih bangsa melayu?
Kelebihan utama bangsa melayu dimalaysia adalah kerana islamnya.Memetik kata2 Saidina Omar r.a 'kita adalah bangsa yg di beri kemuliaan dgn islam, barangsiapa yg mencari selain daripada nya ia tidak akan mendapat kemuliaan melainkan akan di timpa kehinaan'. Ya,hinanya kita sekarang ini adalah kerana kita telah tidak memperdulikan lagi agama islam.Agama hanya diguna pakai masa bersalin,berkahwin dan kematian.Masa2 lain sepanjang kehidupan kita islam telah tidak diperdulikan.Misalnya cara berpakaian,bersukan,bercampur gaul,perniagaan, majlis keramaian dll.

Mengapa terjadi angkara ini:
1-Islam yg sebenar tidak diajar di sekolah dan university.Islam menjadi pemilik exclusive para pelajar pengajian islam.
2-Aqlak2 islam tidak menjadi teras pelajaran diperingkat rendah,menengah dan university. Sebaliknya subject saperti math dan sain2 di ajar di peringkat rendah,menengah dan university sekalipun bukan semua lulusan sekolah akan menjadi pakar math dan sains. Malah pekerjaan sebagai guru bahasa malaysiapun berkehendakan kelulusan sains dan math yg baik, tidak memperdulikan samaada bakal guru ini tahu sembahyang atau tidak
3-Subject bahasa inggeris terlalu diberi keutamaan,sebaliknya subject bahasa arab menjadi exclusive pada pelajar aliran agama.Apa yg terjadi kebanyakkan pelajar melayu dewasa ini masih lemah bahasa inggeris dan bahasa arab zero knowledge.Macammana mereka hendak memahami Al Quran?
4-Kebanyakan para dewasa melayu amat malas kemasjid dan surau.Jadi dimana mereka akan mendapat ilmu kehidupan islam kerana banyak ilmu2 ini diajar dimasjid dan surau terutama selepas sembahyang magrib.

Kesan nya , dgn pengetahuan islam yg lemah bangsa melayu menjadi bangsa yg terkeliru edentitinya,mereka ingin kaya tapi dgn mengambil jalan pintas spt sekim cepat kaya,judi ekor dan mengamal rasuah.Mereka ingin dipandang maju dgn cara berpakaian,minum arak dan pergaulan bebas.Mereka ingin kpd freedom,jadi tak perlu mengambil berat hal sembahyang,tak perlu dicegah sex bebas dan tak perlu dikongkong dgn undang2 akhlak.

Akhirnya umat melayu menjadi hina ditanahairnya sendiri merekalah yg paling ramai terlibat dgn dadah,rasuah,buang bayi,lumbaharam,bohsia, melepak dan lain gejala sosial.Benarnya kata2 Saidina Omar r.a mereka mencari lain dari islam ,mereka tidak akan mendapat kemuliaan bahkan pasti akan di timpa dgn kehinaan.

Maka marilah bangsaku kita kembali kpd kehidupan islam yg sebenar, kita tidak perlu menjadi ustaz,imam atau kadhi tapi cukuplah kita mengambil akhlak islam dlm kehidupan kita spt mengambil berat hal2 sembahyang,menutup aurat,tidak memftnah,tidak rasuah,banyak membaca Al Quran dan rajin menghaziri majlis2 ilmu dimasjid atau surau.
Kepada pemimpin2 islam, anda jadikanlah diri,keluarga dan jemaah saudara sebagai contoh muslim yg sejati.Kepada pemimpin melayu yg sedang berkuasa carilah formula terbaik bagaimana untuk melahirkan ahli sains,pakar keewangan ,jurutera dan lain2 profesional melayu yg juga merupakan pakar Al Quran dan Al Hadis.Ambil lah contoh bapa perubatan moden Ibnu Sina dimana beliau juga adalah pakar ilmu tauhid dan fekah islam.
Wallahualam

0 comments: