indahnya alam

Langkah Berjimat Kerajaan;cadangan dan harapan

Demi untuk memulihkan ekonomi negara,kerajaan telah memilih untuk mengambil langkah berjimat dalam perbentangan bajet 2010 yang lalu.Sebagai rakyat bawahan sudah tentulah tindakan kerajaan ini akan memberi kesan langsung dalam kehidupan harian mereka.Sebagai contoh bagaimana tindakan Kementerian Pendidikan yang memotong elaun makanan asrama dari 240 hari ke 200 hari telah memberi kesan kepada ibubapa lantaran setiap minggu anak di Asrama terpaksa pulang ke Kampung.Syukurlah kerajaan cepat sedar dan bertindak membatalkannya.
Sebagai rakyat yang perihatin saya ingin memberi cadangan kepada kerajaan bagaimana untuk melaksanakan dasar ini tanpa memberi kesan kepada kebanyakan rakyat.

Polisi Menambah Pendapatan Negara
---------------------------------------
1-Ujudkan unit khas di Lembaga Hasil Dalam Negeri(LHDN) untuk mencari mereka yang cuba mengelak cukai.Unit ini perlu membuat rondaan di semua Taman perumahan diseluruh negara. Perhatikan rumah2 mewah samaada memang perumahan mewah ataupun ubahsuai yang terlalu mewah.Siasat banyak mana cukai yg dibayar olih golongan ini.
Unit ini juga perlu melawat semua premisis perniagaan di semua bandar,lihat aktiviti perniagaan kemudian semak rekod cukai mereka.
Unit ini juga perlu menyemak sinarai kereta2 mewah baru yg dibeli ,apakah pendapatan mereka seimbang dgn rekod cukai pendapatan.
Sebenarnya ramai diluar sana yg secara mudah dapat mengelakkan membayar cukai pendapatan.Jika di ambil jumlah kutipan cukai pendapatan di TOLAK cukai individu bagi mereka yg bekerja dgn kerajaan atau swasta Di TOLAK juga cukai pendapatan syarikat BANK, GLC dan LISTED COMPANY kita akan dapati baki yg tinggal amat kecil.Sudah menjadi persepsi umum ramai peniaga di Malaysia yg dgn mudah sekali dapat mengelak cukai samaada tidak langsung membayar cukai ataupun menipu dalam mengistiharkan pendapatan perniagaan sebenar.Bagi mereka yg pernah bekerja dgn bahagian pinjaman di bank,perkara ini adalah lumrah biasa;LHDN memang terlalu lemah lantaran kurang kakitangan,kurang pengetahuan dan kurang motivasi.
Jika perlu unit diswastakan dan pendapatan mereka berdasarkan kutipan.

2-Mengenakan sedikit bayaran kepada aktiviti2 pendapatan Bank
Bank banyak memperolehi pendapatan mudah dari aktiviti transaksi harian.Misalnya RM 1 untuk pengeluaran di mesin ATM Meps(Krjn dicadang ambil 10 sen),RM 0.50 sen minima bagi setiap cek dimasukkan(Krjn dicadang ambil 5 sen),RM 12 bayaran tahunan untuk kad ATM(dicadangkan krjn ambil RM 2),bagi akuan simpanan yg dormant melebihi setahun yg berbaki dibawah RM5 bank akan menutup akaun tersebut dan bakinya diambil olih bank(dicadangkan krjn ambil rm2).Kerajaan melalui Bank Negara bolih melakukan ini dan bank tidak bolih mengalihkan kos ini kepada pelanggan.
3-Kebanyakan perumahan guru sekarang ini adalah kosong dan terbiar lantaran guru enggan memohon kerana sewa rumah dikwsn berdekatan adakah jauh lebih murah berbanding dgn kehilangan elaun rumah dan COLA. Kerajaan dicadangkan menjual aset ini atau diswastakan kpd pihak yg berminat spt di jadikan asrama swasta untuk pelajar atau kilang2. Ditempat saya sebuah perumahan guru 3 blok hanya di didiami olih sebuah keluarga guru.Bayangkan pembaziran hasil.
4- Banyak tanah kosong milik kerajaan yg tidak di ekonomikan.Sebagai contoh tanah lebihan di sekolah.Krjn bolih membenarkan syarikat swasta membina dewan badminton atau futsall dan menyewakan kpd orang ramai.Sekolah bolih berkongsi kemudahan dan hasil.
5-Kebanyakan jabatan kerajaan dan sekolah mempunyai dewan persidangan yg besar dan canggih.Krjn harus mengoptimumkan penggunaannya dgn menyewakan penggunaannya kepada orang ramai
6-Kerajaan disarankan menggantikan geran 99 tahun dgn geran kekal bagi tanah status perumahan.Adalah satu kezaliman dan langkah kebelakang jika kerajaan berhasrat untuk memilik negarakan semula tanah2 ini.Bayaran yg munasabah dikenakan kepada pemilik yg berminat.Geran jenis ini semakin dekat dgn tarikh tamat semakin tidak bernilai dipasaran.

Polisi mengurangkan perbelanjaan dan pembaziran
----------------------------------------------------
1-Lawatan rasmi keluar negara harus di kategori kpd dua; jika untuk mengukuhkan kerajaan dgn kerajaan akan dibiayai olih wang rakyat.Tidak perlu rombongan yg ramai.Jika misi perdagangan, kosnya harus di tanggung olih syarikat yg mendapat faedah langsung dari lawatan tersebut.
2-Penyertaan sukan diluar negara harus dikaji semula.Tidak ada faedahnya menghantar pasukan belasahan keluar negara;maruah negara tercemar duit rakyat dibazirkan
3-Kos pembinaan bangunan kerajaan dan masjid harus dijimatkan.Tidak perlu lantai yg canggih jika ianya laluan org ramai,tempat meletak kerusi meja,tidak perlu bilik air yg terlalu banyak,tidak perlu ruang legar sebesar padang bola kerana sekarang adalah zaman IT.Masjid misalnya jika ruang sembahyang akan di letakkan Carpet yg canggih mengapa perlu lantainya dari MarMar yg mahal.Biarlah pembaziaran pembinaan spt di PUTRAJAYA dan KLIA menjadi sejarah.Elakkanlah tanah bukit dijadikan tasik kemudian dibina jambatan yg canggih.3 kali pembaziran wang rakyat.
Arkitek dan Pihak Yg Diamanahkan harus dibekalkan dgn keimanan dan kesedaran bahawa wang untuk pembinaan ini adalah wang rakyat.Yang penting bukan bangunan yg canggih tapi adalah perkhidmatan yg terbaik.
4-Elakkan pembaziran: RTM membeli filem luar yg tidak ada quality,Kursus di hotel mewah, program menghabiskan peruntukan tahunan,renovasi pejabat yg kerap berlaku,penganjuran pesta2 yg melalaikan dll

Muga cadangan ini menjadi sebahagian dari sumbangan kepada negara yg tercinta ini.

0 comments: